Hawa oh Hawa

Assalamualaikum

Ketahuilah kalian bahawa Allah S.W.T telah menciptakan wanita dan telah menjadikan kaum Hawa ini seorang yang sangat kuat.

Allah S.W.T telah menciptakan bahu seorang Hawa agar mampu menahan segala beban dunia dan isinya. Walaupun sebenarnya bahu itu sepatutnya satu tempat yang nyaman dan lembut untuk anak-anak kecil tumpang tidur.

Tahu tak kamu wahai anak-anak Adam bahawa Allah S.W.T sangat menyayangi ibu mu. Allah S.W.T telah memberikan rahim yang kuat untuk ibu-ibu mu. Sedar atau tidak rahim itulah tempat tinggal buat kamu anak-anak Adam sebelum melihat dunia yang fana ini. Namun ibu itu jugalah yang telah kamu cerca apabila kamu telah membesar.

Saat semua telah menyerah kalah tapi tidak bagi kaum Hawa ini. Begitu indahnya Allah S.W.T mencipta kaum Hawa. Allah S.W.T telah memberi kekuatan dan keperkasaan kepada mereka untuk terus berjuang.

Walau dalam mereka letih, sakit, penat mereka tetap sabar terus menguruskan keluarga. Mulianya mereka kerana Allah S.W.T telah memberi kekuatan dan kesabaran jiwa yang tinggi.



Allah S.W.T berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Disebalik kekuatan seorang Adam wujudnya seorang Hawa yang gagah. Dialah penyejuk hati suami, dialah pembimbing suaminya ketika hilang arah, dialah yang akan ada waktu suaminya susah dan senang. Dia juga akan pertahankan suaminya agar suaminya sentiasa ada di sisi bagi melindunginya, menjadi khalifahnya dunia dan akhirat.

Allah S.W.T berikan kepada Hawa kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Tahu lah kamu wahai Adam, Allah S.W.T berikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan". 

Assalamualaikum

Tiada ulasan: