Surat buat pemandu kereta



Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
___________________________________

Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

Saya mewakili penunggang motosikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta dan seangkatan dengannya yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motosikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motosikal bahawa:

KAMI berhak menunggang motosikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan kerana KAMI juga BAYAR CUKAI JALAN. BUKAN CUKAI LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada KAMI.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, KAMI layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa KAMI kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong sebab yang PARAH BUKAN ANDA tapi KAMI.

4) Penunggang motosikal seperti KAMI BUKAN MAT REMPIT. KAMI layak dihormati sama seperti orang lain.

5) Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motosikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian atau mata penunggang motosikal dan membahayakan KAMI.

6) Jangan hina KAMI hanya kerana KAMI menunggang motosikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.


Yang benar

Yang menunggang motosikal


KAMI TAK MAHU MATI DI JALANRAYA

Tiada ulasan: