Rumitkah kaum ini?

Assalamualaikum

Setiap inci kehidupan adalah penting bagi seorang manusia berjantina perempuan. Dari hal sekecil kuman sehingga sebesar dunia, pasti menjadi keutamaan. Jika dapat kritikan yang tak baik atas apa yang dilakukan untuk tersayang, pasti akan terguris. Hal ini kerana dia cuba lakukan yang terbaik untuk kehidupan dan hubungan bersama si dia.

Dia akan hafal semua tarikh penting dalam hubungan bersama si dia. Walaupun duit cukup-cukup makan. Pasti dia tetap akan beli atau buat sesuatu untuk sambut tarikh tersebut. Dia perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk kebahagian bersama dia. Dia selalu mendambakan teman disisi bukan kawan, bukan sahabat tapi teman sehidup semati yang sentiasa bersama ketika dia memerlukan. Mungkin kawan boleh menjadi pendengar yang setia tetapi dia mengharapkan si dia menjadi pendengar dan memahami isi hatinya. Terutama ketika tarikh-tarikh penting. Pasti dia akan terluka jika si dia mengungkapkan " Semua itu tidak penting, yang penting kita saling mengasihi..." Oh, wanita... Rumitkah mereka?


BUAT SI DIA


Ketika dia meminta untuk didampingi, dia betul-betul memerlukan. Dia mudah terkecewa jika hasratnya untuk didampingi tidak tercapai. Dia telah diciptakan oleh Tuhan dengan naluri begitu. Dia tetap terus bersabar dan menanti saat si dia hadir di hari-harinya.

Jika tiba waktu perayaan pasti dia akan buat pelbagai persiapan. Dari pelbagai sudut. Ada yang memberi perumpaan " Perempuan jika tidak beli atau buat baju baru, pasti akan 'mati'... "  Wanita tetap wanita. Sekasar mana pun dia, tukar jantina macam mana pun. Dia tetap ada naluri untuk kekal kemas dan cantik. Oh, wanita... Rumitkah?

Kadang kala dia cuba memahami tetapi kadang kala dia ingin difahami. Cuba fahami pasangan anda selagi dia masih bersama anda. Jangan menyesali sekiranya dia sudah pergi jauh dari diri mu.

Assalamualaikum



Tiada ulasan: