LARI RUMAH

Assalamualaikum

Topik hari nie pasal masalah remaja zaman sekarang.Lari rumah... Kenapa aku cerita pasal benda nie? Aku cerita pasal benda nie sebab sedang terjadi kepada diri aku sekarang. S-E-R-A-B-U-T...!


Aku nak tanya, kenapa remaja zaman sekarang ramai yang terfikir untuk lari dari rumah? Kalau perasan, kebanyakkan remaja yang lari dari rumah ada la anak gadis. Kononnya ikut pakwe sebab pakwe mampu membahagiakan. Pakwe mampu jaga. Kalau dekat rumah mak bapak memekak. Marah itu, marah ini. Semua benda nak buat, semua tak boleh. Ada je salah nak dicari dekat remaja-remaja berkenaan.


Adik, oh adik oi.... Guna akal dan fikiran. Mak bapak kau yang jaga kau dari kecik. Mencari duit, membanting tulang, berhutang demi membesarkan kau tapi ini yang kau balas lepas ditegur oleh mak dan ayah kau? Anak jenis apa kau nie? Hati dah hitam tak boleh nak bandingkan mana yang baik dan mana yang buruk?


Seteruk-teruk teguran mak bapak kita, kita redha dan maafkan dia dengan ikhlas sebab dia yang melahirkan dna menjaga kita. Syurga kamu bawah tapak kaki ibu dan bapa kamu. Betapa berdosanya kamu melakukan semua ini terhadap mereka.


Teguran orang tua itu ada faedahnya. Tak perlu pun kau nak lari dari rumah. Apa yang perlu kau duduk sejenak dan fikir apa yang ibu dan bapa kau tegur.

Bukan bila mak bapak cakap "Kalau kau nak balik tengah malam, kau keluar dari rumah nie...."Kau dengan suka hatinya pun cakap la " Emm... Mak bapak aku dah halau aku, apa lagi aku boleh buat. Aku keluar jela dari rumah nie... Diorang bukan sayang aku dah pun.." See...? Jangan la guna akal yang singkat. Kau sepatotnya ambil hati orang tua kau. Kau minta maaf dekat dia sebab balik lewat. Tak pun kau duduk dalam bilik diamkan diri. BUKAN LARI RUMAH....!

Adoi la anak.... Ibu bapa kamu risau tentang kamu. Makan ke tidak, tidur dekat mana, tengah buat apa, sihat ke? Balik la anak-anak. Ingatlah pengorbanan ibu bapa kam selama kamu hidup di dunia nie. Ketahuilah bahawa ibu bapa kamu teramat merindui kamu. Tak pernah sekali pun terniat dihati mereka untuk membuang kamu melainkan untuk pengajaran.


Tambah-tambah nak dekat raya nie, pulang la kerana ada yang menanti. Berubahlah demi keredhaan ibu bapa kamu.

Sekian, Wasalam......

Tiada ulasan: