GOT MARRIED

Assalamualaikum

Aku ada berita baru nak beritahu dekat korang nie.

Pada tanggal 21 Ogos 2015, dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi seorang isteri kepada suami aku la, tak akan suami korang pulak. Hahahaha....

Pada 22 Ogos 2015 pula hari berlangsungnya majlis persandingan. Tak ada la bersanding sangat. Just berarak, pergi dekat pelamin untuk bergambar (pelamin dalam rumah), keluar makan beradab, masuk rumah bergambar dan solat (Nie para pengantin perlu ambil berat ye, jangan sambil lalu sahaja waktu solat. Bayar lebih sikit untuk makeup pun tak apa, janji jangan tinggal solat.) Dah solat, makeup balik. Terus keluar pergi photoshoot dalam pukul 4.00 petang. Pukul 7.00 petang dah sampai rumah.

Pada 30 Ogos 2015, majlis bertandang. Di rumah belah lelaki pun agak simple. Just berarak ke meja makan. Di sana tak ada meja beradab. Cuma meja VIP. Lepas makan ambil gambar bersama family. Mereka pun balik. Kami just layan tetamu-tetamu yang masih ada. Dalam pukul 3 petang kami pergi photoshoot di Taman Botani, Putrajaya. Habis agak awal. Sebelum maghrib dah samapai rumah.

Macam tu la serba sedikit rentetan perjalanan majlis. Tapi ada jugak banyak kekurangan pada majlis-majlis berkenaan. Apa pun alhamdulillah berjalan dengan lancar.

Wassalam.....

Tiada ulasan: