L.U.K.A

Assalamualaikum

Aku tak tahu nak bercerita dengan siapa. Blog nie umpama dairi aku. Aku nak cerita dekat orang lain, takut orang cakap aku cemburu buta.

Selama aku berkawan, bertunang dan berkahwin dengan suami, aku nampak dia agak rapat dengan abang dia. Oh, untuk pengetahuan korang suami ada 3 adik beradik. Sulung abang, nombor dua-suami dan nombor tiga adik perempuan dia.

Nak dijadikan cerita sejak dua menjak nie, abang suami ada masalah rumahtangga. Walaupun sebelum nie ada juga tapi kali nie agak teruk sebab sampai bawa ke pejabat agama.

Malam semalam (29/09/2016) waktu nak tidur aku tengok suami sibuk berwhatsapp. Aku pandang je, sambil mengeluh tapi dia buat tak tahu, kusyuk berchat. Bila aku nampak mata suami agak berkaca, aku tanya "Sibuk ke...?" Dia jawab "Tak la, chat dengan akak nie. Saje tanya pasal kereta..." Untuk pengetahuan korang lagi, akak ipar dia iaitu isteri abang dia nak jual dua biji kereta. Bila dia cakap macam tu, aku pun cakap "Tak apa la chat la dulu..." Aku pun tidur.

Biasa aku akan bangun pagi untuk masak. Tiba-tiba aku rasa nak tengok apa yang dia chat dengan kakak ipar dia. Macam-macam la dorang cerita dan bagi semangat dekat kakak ipar dia yang tengah ada masalah rumahtangga. Aku yang baca nie rasa terluka, sedih, sakit hati. Dia kakak ipar, bukan mahram suami aku, orang yang boleh suami aku nikahi. Kenapa dia nak chat kakak ipar dia macam tu? Bagi semangat. Sedangkan bila kami ada masalah tak pernah pun suami perbaiki, tak pernah pun dia pujuk aku, tak pernah pun dia bagi kata-kata semangat dekat aku.  Dia tak pernah layan aku selembut dia layan kakak ipar dia. Semua berlalu macam tu saja, terus berbaik tanpa tanya isi hati aku, tanpa pujukan.

Sejak dia punya kerja tetap, kami jarang berborak. Hidup kami cuma pergi dan balik kerja, bergurau dengan anak. Dia tak ada bertanya tentang kerja aku. Kebanyakan aku yang bertanya kerja dia. Dia dari dulu jarang bercerita apa-apa hal hidup dia dengan aku. Umpama aku hanyalah isteri atas kertas.

Aku teramat-amat kecewa. Aku terluka. Aku mahukan suami yang mampu jadi sahabat aku dunia dan akhirat. Allah dugaan apakah ini? Aku tahu Kau Maha Mengetahui. Aku tahu Kau mencaturkan segalanya tapi Ya Allah, aku terluka. Suami aku yang share dekat facebook jangan dengar rintihan orang yang berlainan jantina (gambar di bawah yang suami share dalam facebook), suami aku yang aku sudah tegur jangan dengar rintihan perempuan lain tapi dia buat juga. Masih berdosa jugakah aku Ya Allah? Ampuni aku Ya Allah andai tidak bersungguh dalam dakwah Mu.

Wassalam












Tiada ulasan: