BREASTFEEDING MOTHER

Assalamualaikum

Hari nie nak cerita tentang tajuk di atas. Memandangkan aku dah menjadi seorang ibu dan menyusukan anak, kita cerita sikit tentang penyusuan bayi nie.

Apa yang dibanggakan oleh seorang yang bergelar ibu ialah menyusukan anak dengan titisan air susu dari badan sendiri. Ada ibu yang susunya lebih dari demand anak. Ini jenis yang melimpah je susu, basah je baju dan senang bengkak susu. Ada ibu yang cukup-cukup susu untuk anak. Ada juga yang susu kurang dari demand anak.

Macam aku, aku tak pasti aku yang mana satu tapi yang aku pasti susu aku tak melebihi demand anak.

Silap yang aku buat adalah waktu pantang tak buat simpanan susu untuk anak. Sedangkan boleh je. Jadi sekarang anak aku menyusu, campur dengan susu tepung atau dipanggil formula milk (FM).

Aku sekarang pam susu dekat pejabat, itu pun 1 sesi dapat 2oz sahaja. Paling banyak pun 3oz. Tapi sebelum nie aku paling banyak dapat 4 atau 4 lebih oz. Cuma sekarang merundum lebih-lebih lagi sejak aku mula datang bulan. Mak aku selalu patahkan semangat aku untuk terus susukan anak. Selalu cakap susu aku dah nak kering. Aku kadang-kadang jadi down tapi apa boleh buat, aku tetap kuatkan semangat demi anak aku.

Cuma bila di pejabat aku pam dengan jarak masa yang jauh. Sebelum pergi kerja, anak akan menyusu terlebih dahulu. Selepas itu pukul 11 pagi atau 12 tengahari aku akan pam untuk sesi pertama. Nanti pukul 3 petang atau 5 petang baru aku pam untuk sesi ke-2. Aku bukan tak nak pam selalu. Faktor-faktor persekitaran yang buat aku berasa janggal untuk pam dengan kerap.

Pertama aku masuk kerja pukul 9 pagi tapi kadang-kadang aku sampai pukul 9.30 pagi. Tak mungkin aku akan pergi pam pukul 10 pagi. Untuk pengetahuan korang, di pejabat aku nie ada mata-mata yang memerhati dan akan report pada boss besar. Jadi aku terpaksa lupakan untuk pergi pam.

Kedua, pam aku bunyi agak kuat jadi aku perlu pergi ke surau untuk pam susu. Jika aku kerap tiada ditempat duduk, apa pula kata boss nanti. Nak dijadikan cerita, surau tu tempat budak-budak pejabat nie berehat. Jika aku nak pam pukul 1, mereka nak tidur macam mana dengan bunyi pam yang bising. Jadi aku terpaksa lupakan.

Kadang-kadang aku tengah pam pun ada orang nak masuk solat. Aku takut mengganggu ibadat dan rehat mereka, itu yang jadi jarak masa pam aku jauh. Aku pun tak tahu macam mana nak atasi semua nie. Apa yang aku harapkan ialah dapat menyusukan anak aku sehingga umur 2 tahun.

Aku dah buat macam-macam untuk tambahkan susu badan. Orang kata apa saja aku buat. Yang terbaru, aku ada order 1 supplement untuk menambahkan dan memekatkan susu. Nanti apa-apa aku update dekat korang.

Sampai sini sahaja nukilan aku kali ini.

Sekian





Tiada ulasan: