Rindunya....

Assalamualaikum

Aku ada seorang kawan baik. Agak rapat dengan aku. Dia bila ada masalah mesti call aku. Bila dengar suara aku atau gurau bodoh-bodoh dengan dia, dia jadi okey... Kata dia la... Aku pun kalau sakit ke, sedih ke apa pun la... Mesti aku cari dia.

No caption... T_T

Tapi biasanya, bila dia single je dia akan call aku kerap. Bila dah berpunya, mesti dia jarang dan kadang-kadang tak hubungi aku langsung. Nak dijadikan cerita, sekarang dia dah berpunya. Dia senyap macam tu je. Hari penting aku pun dia tak buat apa-apa ucapan walaupun dalam facebook. Sedih sikit la... Waktu dia sunyi, dia cari aku. Bila dah berpunya dia campak aku jauh dari hidup dia.

Wassalam

Adam VS Hawa

Assalamualaikum...

Hai, hai semua... Lama dah aku tak menaip dekat sini. Sibuk katanya... Boleh update sebulan sekali jela gamaknya... Hahaha...

Apa la yang banyak tu ea? Siapa pula yang berkata begitu? Cewaahhh...! Hahaha...

Perempuan nie sifat dia serabutkan? Kejap marah, kejap manja, kejap mengada-ngada, kejap macam tu, kejap macam nie. Macam-macam kerenah. Semua serabutkan kepala sang arjuna. Tapi bila perempuan senyap, okey je, tak fikir apa-apa... Yang belah sana kelam kabut pula. "Dia buat apa la sekarang nie. Dia okey ke aku layan dia macam nie. Dia okey ke aku jarang telefon, mesej, jumpa dia..? Nampak???

Apa yang kau nampak??????????

Adam dan hawa memang telah diciptakan untuk bersama. Bila tak ada, rasa sunyi betul? Bila ada serabut la pula dia nie. Sama je lelaki ke perempuan.

Ada la satu cerita pasal kawan aku nie. Dia nie memang jenis panas baran sikit la. Ada je tak kena kalau pakwe dia buat. Sama la dua-dua tu. Nak dijadikan cerita, ada 1 malam tu dia pergi la lepak dengan pakwe dia dan kawan baik pakwe dia nie. Waktu tu pula baru lepas hari jadi dia... Pssttt...!!! Nak beritahu semua, pakwe dia lupa tarikh hari jadi dia. Dia pun bahan-bahan la pakwe dia. Dah tu kawan baik pakwe dia cakap macam nie lebih kurang, " Kau tak boleh buat macam tu, pakwe kau nie banyak lagi benda nak kena fikir..." Kawan aku nie pun apa lagi, sentap la sikit. Dalam hati pun berkata-kata la... " Habis aku tak ada benda nak fikir???'" Begitu la ceritanya.

Selepas kejadian tu, dia malas nak kisah dah pasal pakwe dia.. Ada ke tak ada ke, dia rasa sama je. Dia buat hal sendiri. Dia dah tak ada mood nak melayan kerenah pakwe dia yang konon dia langsung tak ada kerenah yang menyerabutkan kepala otak kawan aku nie. Tapi tiba-tiba pakwe dia tanya tak apa ke jarang jumpa, mesej, call apa semua bagai la. Kawan aku cakap tak apa, faham kerja... Padahal hati dah tersiat halus. Hahahaha....

Ppsssttt...!!! Kaum Adam dan Hawa, kalau nak berkasih sayang kena la pandai ambil hati. Jangan dah jemu baru terhegeh-hegeh katanya.....!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam



SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN DALAM PERCINTAAN