Mulut puaka...!

Assalammualaikum...

Hai, hoi, hei... Hehehe

Apa khabar semua? Kita sedih la hari nie. Cerita dia macam nie. Kita nie memang la mulut longkang sikit tapi dengan kawan-kawan kita la. Siapa yang kenal kita, faham la. Group whatsaap tu tak payah cakap, hari-hari ada je yang kita nak cerita. Nak cerita buruk la, maki la, semua ada la dalam group tu tapi cerita pasal orang yang luar group la.

Nak dijadikan cerita ada mulut puaka pergi beritahu kepada orang yang kena ngumpat tu. Dah kena serang status facebook pula. Kalau kamu orang dah buat salah dan nampak status member macam hint2 kau, kau rasa?

Aku senang je, aku tak cari. Ada orang akan beritahu siapa yang buat taik dengan aku. Agak sedih juga la orang bertalam-talam nie. Time maki kemain lagi kau, kau dah baik dengan orang tu kau pecahkan semua rahsia.

Last2 aku buat keputusan untuk delete group whatsapp, delete friends instagram, deactive accaount facebook, delete friends wechat tapi siapa yang sembang je lebih.

Bila jadi macam nie aku muhasabah diri balik. Salah aku juga, selalu mengumpat orang. Cakap buruk orang, padahal diri sendiri sama juga. Alhamdulillah Allah sedarkan aku tapi tu la, bukan sekali nie dah banyak kali juga. Kenapa la perangai tu dah jadi darah daging aku pulak... Emmm....

Wassalam

KENA CUCUK MACAM NIE MULUT NIE

Kahwin???? OMG....!!!!!

Assalammualaikum...


Lama dah aku tak update dekat sini. Kamu orang apa khabar? Aku? Biasa la sihat orang tua. Kadang ok, kadang tak. Emm... Makin berusia nie makin menjadi2 kesihatan terganggu. Hahahahaha... Cewahah....


Aku sekarang tengah cari jubah chiffon yang cantik warna cream dan sebagainya. Yang sesuai untuk pertunangan, pernikahan dan persandingan. Bukan apa, makin berumur nie makin rasa nak kahwin pula. Nak jugak looking2 for kata orang putih. Hahahaha...

Tapi aku nie ada bajet2 aku. Hahaha.. Kalau boleh nak benda cantik tapi murah. Kebanyakkan orang cakap dekat aku, "kau nak cantik tapi murah? kepala bana kau" Aik... Kena marah? Dah itu bajet aku, kalau kau nak sponser aku no hal la wei...!!! Marah nie. Emm...

Kenapa, tertanya2 bajet aku? Nak tahu jugak? Ke nak tiru? Hahaha... Kejap lagi aku senaraikan, jangan gelojoh sangat masing2 pun. Hahahaha

Nie bajet aku. Kalau kamu orang ada contect murah macam nie please, tolong email ke aku di syaza_24@yahoo.com

Baju nikah, sanding dua belah pihak = RM200/satu pasang atau sepasang (Dengan laki aku punya la)
Pelamin majlis dua belah = RM1000/RM1500
Gambar nikah, majlis sanding dua belah pihak tanpa outdoor = RM1000/RM1500
Make-up = RM100/RM200 (Bukan aku pakai barang make-up kau sampai habis pun nak cas mahal2, pergi kelas RM300 je pun. Ilmu boleh pakai seumur hidup, aku pakai make-up kau sampai lepas Zohor je.)
Kad jemputan = RM0.10 (Simple, cantik, hitam putih. Kalau ada lagi murah lagi aku suka. Tak pun designkan map je untuk aku, nanti aku print sendiri guna A4)

Nie bajet aku. Boleh dibincang lagi. Kalau ada yang ikut bajet aku, beritahu na sebelum bulan 10/2014... Terima kasih. Hehehe

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA




Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

PELUKLAH ISTERI DISAAT DIA MENANGIS


Bila isterimu menangis dihadapanmu, tak peduli apapun sebabnya, peluklah dia, biarpun dia menolak, tetap peluklah dengan erat,
Menangis di atas meja selamanya tidak akan pernah terasa lebih nyaman dan damai selain menangis dalam pelukkanmu..!!
Bila isteri mengatakan tentang kesalahanmu,tolong jangan selalu mengatakan dia cerewet, itu semua karena ia peduli padamu..!!
Bila isteri sedang kesal dan mengabaikanmu, jangan ikut-ikutan tidak peduli, ini adalah tantangan bagi kalian, saatnya membuang gengsi..!!
Bila isteri tidak mau mendengarkan dan berbalik badan berjalan meninggalkanmu,kejarlah dia,
Bila kau sungguh mencintainya, apakah kau tega meninggalkannyasendirian..??
Bila isterimu berkata "kamu pergi saja" aku tidak mau memperdulikanmu'' jangan percaya begitu saja, mungkin itu hanya dibibir saja,sedang hatinya tidaklah demikian, sebenarnya itu adalah saat dimana dia paling membutuhkanmu..!!
Bila isterimu marah, suasana hatinya sedang tidak enak dan tidak mau makan, jangan bertanya mau makan apa, dia pasti berkata tidak mau semuanya.
Belikan makanan kesukaannya, tunggu suasana hatinya membaik dan berikan pada dia, jangan menggunakan ancaman bahwa kamu juga tidak mau makan..!!
Hargai isterimu, tidak perlu berpikir terlalu rumit, apa yang wanita mau selalu sederhana selamanya..!!
Terkadang, berkompromi bukanlah berarti mengaku kalah, itu adalah suatu sikap memahami..!!
Memaafkan bukan berarti lemah, melainkan sebuah kepedulian dan menghargai..

Buat bakal pengantin

Assalammulaikum

Kita doakan moga rumahtangga kita mendapat redha Allah bermula dari majlis yang syar'ie..

3 Pesanan untuk Pengantin Lelaki :
~lelaki tak boleh pakai inai
~lelaki tak boleh pakai rantai (dokoh)
~ganti adegan cium dahi dengan letak tangan kanan pada ubun-ubun isteri dan berdoalah seperti mana hadith :

"Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: 'Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.' " (Riwayat Abu Daud).


Setia

Setia bukan kerana kita sempurna,
Tapi setia kerana kita saling menjaga.

Sehati bukan kerana memberi,
Tapi sehati kerana saling memahami.

Cinta bukan kerana terpesona,
Tapi cinta kerana saling terbuka.

Bersama bukan kerana dunia,
Tapi bersama kerana-Nya.

Indah bukan kerana selalu mudah,
Tetapi indah kerana dihadapi bersama setiap susah.

"Ku terima dirinya seadanya"

Cara Cuci Uri Bayi

Kita selalu terlupa benda2 macam ni.. Kepada yang akan dapat anak... Sila baca dan faham....

SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.MENANAM URI ANAKUri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital.

Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh.Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam.

Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.
13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM).

Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.

Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat