OKU ke?

Assalamualaikum

Aku nak cerita pengalaman aku tahun 2008.

Aku pernah kemalangan yang membuat aku kadang-kadang hilang keyakinan diri sekarang.

Aku pernah kemalangan teruk. Kemalangan nie jadi waktu tu memang aku nak dekat dah dengan rumah. Waktu tu petang. Aku nak balik rumah. Dekat kawasan yang aku jalan tu, kalau petang memang selalu sesak. Aku nie pula suka bawa laju.

Nak dijadikan cerita, aku potong ikut line tengah. Nak potong, mesti la lagi laju aku bawa. Aku tak perasan langsung ada kereta nak buat pusingan U. Aku jalan jela, waktu tu la aku langgar kereta tu. Terpelanting juga la aku ke seberang jalan.

Lepas tu aku ingat nak bangun tapi orang cakap jangan bangun, kaki aku patah. Okey, aku ingat sikit je patahnya. Aku bangun sikit, nak tengok kaki. Bagi aku kaki la segalanya sebab aku suka bersukan. Tak banyak tapi sikit mesti ada punya suka tu... Hehehe.. Aku dapat tengok kaki aku sikit. Aku tengok tulang kaki aku dah terkeluar. Ish-ish... Tapi dapat engok kejap je sebab orang semua suruh aku baring. Aku pun ikut jela.



SINI LA TULANG AKU TERKELUAR DAN BUKU LALI AKU DAH TAK ADA SEBAB PECAH


AKU KENA PAKAI BENDA NIE... JANGAN SANGKA BENDA NIE BERAT ^_^



Lepas 3 bulan baru aku boleh jalan. Itu pun cacat. Kaki aku bukan pendek sebelah tapi aku punya sendi dah keras. Kalau aku pergi urut mesti orang cakap urat aku dah berbelit sebab tu jadi macam tu. Keras je... Jadi la tempang. Aku bukan tak nak pergi urut tapi bila aku pergi, tak ada sebarang perubahan. Aku tak nak mengharap yang kaki aku akan okey.

Sepupu aku ada bagi 1 nombor tempat urut dekat Klang. Dia cakap kawan dia patah rusuk, urut dekat makcik tu okey la sekarang. Tak macam mula-mula dia sakit dulu, asyik terlantar je. Bukan tak nak pergi tapi jauh. Lagi-lagi aku tak tahu jalan ke sana. Tapi aku nak pergi juga. Aku nak cuba. Kalau makcik tu cakap tak boleh, jadi aku lupakan jela.

Apa yang penting, happy go lucky je...

Assalamualaikum

Respect

Assalamualaikum

Apa pandangan kau orang tentang tajuk entri aku hari nie??? Nie aku dapat dari seorang MAKHLUK ALLAH nie.

Ceritanya bermula begini... Acehceh ayat macam suspen betul... Hahahaha....

Hari nie, hari guru untuk semua guru-guru di serata dunia.. ( Yang sambut hari nie la... Yang sambut semalam dan esok tu pandai-pandai kau orang la nak fikir macam mana... Hehehe... )

Nak dijadikan cerita, pagi-pagi aku masuk office je aku terus on FB, nak wish la KATA KAU pe lg..... Mula-mula aku wish untuk cikgu-cikgu sekolah menengah yang aku sekolah dari 2003 hingga 2007. Ke-2 aku wish cikgu-cikgu dekat sekolah menengah yang aku sekolah dari 2008 hingga 2009. Last aku wish untuk cikgu-cikgu sekolah rendah aku. Habis la ke semua sekolah. Hehehe...

Nak dijadikan cerita, tengahari inbox aku ada mesej dari MAKHLUK ALLAH nie... Ayat dia seperti di bawah... :


1. Cikgu sekolah 2008 hingga 2009 je kau wish? Cikgu sekolah 2003 hingga 2007 kau dah lupa ke?

Aku pun balaslah macam nie bunyinya :


- Kau gurau ke betul-betul. Kalau gurau tak apa... Kalau betul-betul nanti aku bagi kau bijak sikit. Kau tunggu jap...

Aku pun komen dekat post aku tu, aku tag nama dia dan aku cakap apa aku pun dah lupa tapi lebih kurang macam nie :


- Aku tak akan lupa jasa cikgu-cikgu aku. Tengok betul-betul lain kali baru sound orang.
- Celikkan mata tu. Terima kasih cikgu ( nama makhluk Allah nie)!!!

Aku ada besarkan ejaannya tapi aku tak ingat yang mana satu. Kau orang anggap jela semua huruf besar. Mana la aku tak kurang ajar, nak tanya pun tengok betul-betul dulu. Penat aku taip pagi-pagi, sedap dia je nak sound aku lupa dekat cikgu-cikgu aku tu. Bodoh la aku kalau aku lupa jasa cikgu-cikgu aku nie.

Dah tu, dia inbox aku lagi. Dia cakap macam nie.


2. Amboi, main kasar nampak. Aku inbox kau, bukan komen dekat post kau. RESPECT EACH OTHER LA...!!!


KITA PERLU MEMBERI TERLEBIH DAHULU, BARU KITA MENERIMANYA KEMBALI



 Okey, last-last tu dia tak besarkan pun... Aku nak highlight sikit sebab nie la punca aku tulis entri nie. Dah tu aku pun balas...

- Kau tak RESPECT orang macam mana pula? Aku pun ada perasaan juga.

Dia balas lagi..


3. Aku gurau dengan kau jela ngok. Memang kau tak boleh nak bawa gurau. Okey lah nie ( nama aku ) yang aku kenal.

Aku pun balas lagi, dah orang nak balas sangat.

- Mana aku tahu kau gurau ke apa. Pagi-pagi aku dah wish semua cikgu tahu..? Aku sedih la bila kau cakap macam tu. Aku ingat semua cikgu-cikgu aku, sikit pun aku tak pernah lupa. Sorry ( nama makhluk Allah tu )

Aku pun delete la balik komen tadi. Aku pun mengaku yang aku salah sebab cepat melatah. Mana tak nya, penat kerja. Tiba-tiba orang sound aku macam tu. Kalau betul gurau, kenapa kau tak post dekat wall aku? Kenapa kau inbox aku? Betul tak? Ke kau dah tak tahu nak letak kat mana muka kau, kau backup la diri kau sendiri cakap kau gurau... Kan? Kan? Kan?

Lepas tu dia balas lagi... Kali nie macam nie pula.

4. Tak apalah, kau dah malukan aku. Susah la nak bergurau dengan kau. Tak apalah, aku ingat apa yang kau buat. Mentang-mentang aku dah lama tak jumpa kau...

Aik.. Apa kena mengena dah lama tak jumpa dengan selalu jumpa? Motif??? Abstrak ke flower??? Macam shiitttt je statement kau. Aku dengan hati membara pun menjawab balik... Mana boleh mengaku kalah dengan orang macam nie... Aku cakap macam nie pula...

- Oh.. Lupa pula kau nie pendendam. Kau tak maafkan tak apa la, aku dah minta maaf pun.

Nak orang je jaga hati kau susah juga. Kau sendiri tak RESPECT orang. Lain kali kau nak bercakap, pandang dan tengok betul-betul. Jangan  ego sangat. Tak kisah la aku boleh bawa bergurau ke tidak. Cara kau bercakap pun macam mana? Kenapa kau perlu cakap aku dah lupa cikgu-cikgu dekat sekolah tu. Tak boleh ke kau tanya elok-elok. Cakap macam nie "Cikgu dekat sekolah tu kau tak wish ke?"

Orang lain pun ada perasaan tahu? Jangan fikir perasaan dan malu kau je. Perasaan aku yang terguris sebab kata-kata kau, macam mana pula? Jangan selfish sangat.

Mungkin aku tak seberjaya kau tapi aku tahu lagi nak hargai dan RESPECT orang. Tapi kalau orang tak RESPECT aku, aku pun tak akan RESPECT orang tu. Bertutur jangan ikut sedap je, fikir perasaan orang juga.

Ambil kau... Dia dah tak balas dah. Kau duduk 1 meja dengan aku pun tak. Kau nak tahu siapa aku, rapat dengan aku dulu. Orang lain bergurau dengan aku okey je. Siap mencarut apa bagai, relex je semua. Kenapa kau rasa susah lak? Nak tahu sebab apa? Sebab kau tak kenal aku yang sebenarnya. Cikgu tadika aku, aku tak wish pun... Kenapa kau tak inbox sekali? Mesti kau ingat aku tak sekolah tadika dulukan sebab tu kau diam je.

Lagi seorang makhluk Allah nie lagi la. Aku tak tahu la dia nak pelempang ke penerajang aku (sembang je lebih.. hahaha). Aku buat post tu, aku tag nama cikgu-cikgu aku. Sekali dia leh tanya kenapa nama dia tak kena tag??? Adoi ini nak PUBLISITI MURAHAN pula. Macam-macam ragam manusia nie.

Kepada semua pembaca, baca post kawan-kawan anda elok-elok. Jangan jadi macam nie. Buat malu sendiri je nanti.

Assalamualaikum

Artis oh Artis

Assalamualaikum

Hai semua... Buat apa sekarang? Mesti tengah baca entri aku.. Hahahaha... Sakai. Story mory hari nie nak cakap pasal artis-artis kita zaman sekarang nie. Macam-macam kontroversinya.

Dari yang kahwin, anak-anak, video, culture shock.. Ish, macam-macam la.

Dalam minggu nie je dah berapa banyak cerita dah keluar. Dengan video ala-ala lucahnya, anak derhaka lagi. Adoi... Kesian jadi artis. Semua orang nak tahu pasal kehidupan dia orang nie. Kesian pula kadang-kadang tu.

Senang je kalau tak nak cerita anda tersebar, orang pandang hina pada anda. Ambil contoh daripada artis-artis lama. Jadikan mereka contoh untuk anda berjaya dalam industri nie. Memang anda akan cakap bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang. Tapi kenapa mereka boleh?

 

Dalam erti kata lain sabar. Ini jalan yang anda pilih. Anda perlu bersyukur kerana anda ada bakat. Pastinya anda sudah kental menghadapi tohmahan orang sekeliling dan mampu untuk terus masuk dalam industri ini.

Paling utama selepas berjaya jangan lupakan orang yang menjadi tulang belakang anda untuk terus berdiri gah. Semoga anda berjaya dalam bidang yang anda ceburu...

---> Cewah ayat tak boleh belah langsung. Macam pakar motivasi... puuuiiihhh...!!!

Assalamualaikum

 

 

 

SELESAIKAN MASALAH DENGAN SEBAIKNYA. MOHON PETUNJUK DARI ALLAH S.W.T

 

 

 

 

Widgets........!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum


Kenapa entah aku susah betul nak cari widgets nie... Aku nak cari untuk tarikh dan jam. Masalahnya memang la jumpa. Aku tengok jam dah cantik dah. Last-last dia punya tarikh lain. Tahun dah jauh kebelakang, tarikh dan hari lagi la jauh.

 

Susah la ini mahcam


Siapa-siapa boleh kongsi dengan aku tak mana nak cari widgets nie???


Assalamualaikum

Surat buat pemandu kereta



Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
___________________________________

Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

Saya mewakili penunggang motosikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta dan seangkatan dengannya yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motosikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motosikal bahawa:

KAMI berhak menunggang motosikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan kerana KAMI juga BAYAR CUKAI JALAN. BUKAN CUKAI LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada KAMI.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, KAMI layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa KAMI kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong sebab yang PARAH BUKAN ANDA tapi KAMI.

4) Penunggang motosikal seperti KAMI BUKAN MAT REMPIT. KAMI layak dihormati sama seperti orang lain.

5) Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motosikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian atau mata penunggang motosikal dan membahayakan KAMI.

6) Jangan hina KAMI hanya kerana KAMI menunggang motosikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.


Yang benar

Yang menunggang motosikal


KAMI TAK MAHU MATI DI JALANRAYA

Berakhir sudah

Assalamualaikum semua...

 

Macam mana dengan 05/05/2013 kamu semua? Seronok tak? Macam raya betulkan? Ramai orang dijalanraya... Bendera merata.

 

Tapi rugi aku rasa tak mendaftar... Ish, ish...

 

Bagi yang menang tahniah aku ucapkan, yang kalah jangan tukar warganegara pula. Sama-sama la kita membangunkan negara Malaysia kita ini. Supaya menjadi negara yang aman dan makmur.

 

Aku nak ucapkan SYABAS buat rakyat Malaysia yang keluar mengundi. Bagi yang tak keluar mengundi dan tidak mendaftar, kita tunggu lagi 5 tahun okey...

 

Assalamualaikum