Demam PRU-13

Assalamualaikum

Demam politik datang kini. Hahaha....

Kau orang undi apa? Huhuhu.... Jangan beritahu orang lain, semua itu rahsia. Apa nak cerita pasal undi nie ea?

Bila aku buka FB je mesti ada post-post pasal mengundi nie. Parti nie kutuk parti tu, parti tu kutuk parti nie. Tapi mereka yang bercakap tu semua satu bangsa. Bangsa lain tu aku tengok segak je duduk atas kerusi empuk. Emm... Kadang-kadang marah juga aku dengan orang-orang yang macam nie.

Sampaikan ada satu tempat tu, bendera pihak lawan terkena buluh bendera dia pun boleh pergi serang orang tu dekat rumah. Adoi... Esok lusa orang tu juga yang kau mengadap. Macam la dunia nie dia punya. Aku benci betul orang buat kerja tak guna kepala otak nie. Nie semua kerja orang-orang yang tak berpelajaran. Nak bertanding, biar secara sihat. Kita 1 MALAYSIA. Aku tengok tempat lain boleh je ikat sebelah-sebelah. Serabut je masing-masing...




Bersatu teguh, bercerai roboh




Dekat FB lagi la ramai yang PRO-POLITIK nie. Komen tak nak kalah, upload nak yang bikin panas je. Ungkit sana, ungkit sini... Yang nak gaduh-gaduh buat apa? Rakyat gaduh-gaduh. Orang yang kau orang gaduhkan tu siap naik kenderaan mahal lagi. Jalan atas jalanraya berlopak pun tak terasa. Kau orang ada apa? Naik moto, kemalangan sebab lopak-lopak. Kereta pun apa kurangnya. Macam la naik moto nak mengelak lopak-lopak tu.

Nasihat aku sikit je untuk orang-orang yang kutuk-mengutuk nie. Tengok diri anda terlebih dahulu sebelum tengok diri orang lain. Kalau anda rasa, anda dah cukup segalanya... Dalam erti kata lain sempurna, baru la anda layak berkata-kata. Bagi yang belum tahu nak pangkah apa, buang yang keroh ambil yang jernih. Mohon petunjuk dari Allah S.W.T... Dia maha mengetahui segalanya. Semoga dipermudahkan buat kalian. Aaminnn...

Aku? Aku belum daftar lagi. Rsa rugi sangat-sangat sebab tak mendaftar awal. Emmm....

Assalamualaikum

Gwiyomi

Lelaki pun terjebak, tu yang aku tak faham

Assalamualaikum


Lepas satu fenomena, ke fenomena yang lain. Dulu PSY, sampaikan aku main farmville bila naik level mesti avatar aku menari GANGNAM. Avatar aku pun terjebak, tu lagi tak boleh terima. Sekarang GWIYOMI pula...


Mesti ramai dekat luar sana suka benda nie. Comel la, cute la.... Tapi aku rasa benda nie sakai la wei...


Comel dekat mana aku pun tak tahu. Dekat office aku memekak-mekak perempuan nie dengan GWIYOMI.... Aku rasa nak hempuk je. Rimas aku.


Aku tak rasa dia comel pun. Aku rasa biasa je. Tak ada yang menarik. Aku rasa yang minat benda nie semua tak matang. Jangan terlampau mengikut sangat. Aku bukan nak cakap aku baik tapi berpada la nak mengikut pun. Entah apa lambang dia buat pun kita tak tahu.


Aku bukan la alim... Tapi jangan sakai sangat la dengan budaya luar.


Assalamualaikum

Stiker Syahadah (EL)

Assalamualaikum

Jumpa iklan nie. Nak kongsi dengan anda semua.



Stiker Syahadah (EL) ElectroLuminescent Paper Cermin Belakang Kereta. (Sambung ke Lampu Brek Ketiga)

- produk stiker kereta terhangat di lembah klang. 
- STIKER SYAHADAH(EL) ini menggunakan teknologi ElectroLuminescent paper(EL),
- stiker tulisan putih bertukar menjadi biru bila brek di tekan.
- Cuma sambungkan wayar hitam dan merah di lampu brek ketiga. 

- Stiker Syahadah(EL) ini bukan seperti stiker biasa hanya boleh dilihat siang hari sahaja pada malam tidak jelas kelihatan.
- Stiker Syahadah(EL) ini pada waktu bila membrek tiba2 akan muncul kalimah Syahadah biru bersama lampu brek merah. 

- Target market cukup mudah satu kereta muslim satu stiker.



1)STIKER KALIMAH SYAHADAH+PEDANG (4"x13" inci statik) : RM60

2)STIKER KALIMAH ALLAH+SYAHADAH+MUHAMMAD (2.5"X15"inci berkelip2) : RM60

beli 2 (dua) RM120 

pm kami atau sms STICKER ke 012-3983594





Nie la sticker tu





 Apa salahnya saling membantu walaupun kita tak saling mengenali...


Assalamualaikum

Melaka oh Malacca

Assalamualaikum

Minta maaf kepada semua pembaca kerana sudah lama tidak update. Acehceh... Bajet ada orang yang baca. Nie aku nak update gambar yang mengarot sempat aku ambil di Melaka hari tu.







Bermula dan berakhirnya perjalanan kami di Kuala Lumpur ke Melaka




Di sini pula bermula dan berakhirnya perjalanan kami semasa di sana




Ingat nak check-in sini tapi tak ada bajet... Next time je... ^_^





Murah tapi selesa, terbaik....




Pukul 1 lepak depan nie, function dah habis dekat bandar nie. Mati kutu... -_-"





Bosan sangat, jalan ke depan sikit. Ambil gambar je yang dapat. Huhuhu...





Dah tu duduk depan nie semula sementara menunggu pemandu pelancong... Ahaks...





Kereta nie la yang bawa kami berjalan-jalan... Tq...





River Cruise





Apa yang kusyuk sangat tak tahu la





Esoknya shopping di sini... Rambang mata KATA KAU....!!!!!





Nie je yang mampu untuk mereka





Apabila kehausan pasti dia ada... Huhuhu





Berehat sebentar di padang nie





Tak sempat masuk. Kalau masuk, pokai... Ahaks...





Her favourite... Bijan salut madu





Mereka setia menemani kami





Ini dia label yang kita orang naik pergi Melaka dan Seremban





Last transport







Nie la antara gambar-gambar yang tak menarik aku ambil. Tapi penatnya, tak terkata. Lepas nie naik kereta je pergi mana-mana.

Assalamualaikum

Hanya Allah S.W.T yang tahu

Assalamualaikum

Hari Sabtu lepas jadi juga la pergi Melaka. Huhuhu... Tapi tak tahu kenapa aku rasa sangat letih.

Ayah kawan baik aku yang hantar ke Stesen Bas. Kita orang bertolak pukul 8.00 malam dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan sampai di Melaka Sentral pukul 10.00 malam. Kami terus cari teksi untuk pergi ke Bandar Melaka.

Masuk Bandar Melaka, sesak tak hingat KATA KAU...!!! Nak pusing pergi hotel je pun sampai 1 jam. Cari-cari hotel dapat satu hotel nie. Sangat dekat nak pergi mana-mana. Tapi aku tengok hotel dia bersepah je, malas aku check-in hotel tu. Jalan pergi 7E kejap dan putuskan nak masuk hotel mana. Pukul 11.++ malam check-in hotel. Kita orang pilih Sun Sui Hotel sebagai tempat penginapan. Selesa dan murah. Masuk bilik rehat-rehat, bersihkan diri dan sebagainya.

Pukul 12.00 tengah malam, kita orang keluar nak cari makanan. Malang tak terkira bila keluar kebanyakkan kedai dah tutup. Kita orang pun lepak dekat depan Menara Taming Sari. Fikir punya fikir, aku call seorang kawan aku yang tinggal di Melaka. Aku minta tolong dia bawa kami jalan-jalan. Dia cakap, dia sampai pukul 1.30 pagi dan dia bawa kawan dia. Aku pun okey je.

Sementara nak menunggu dia datang dekat kita orang tu, kita orang pun jalan ke kapal besar tu. Ambil gambar sekeping dua dan duduk balik di depan Menara Taming Sari. Aku tak tahu kenapa aku jadi tak ada mood nak berjalan, mungkin sebab kaki aku sakit. Padahal kawan baik aku nak berjalan. Kesian dia berjalan dengan orang cacat macam aku. Huhu...

Lepak punya lepak, kawan aku tu pun sampai dekat kita orang. Dia bawa kita orang pergi makan dekat Pantai Klebang. Menu yang kita orang pilih ialah Char Kueh Tiew. Tapi dia buat tak sedap, disebabkan lapar... Ngap je la KATA KAU...!!!

Lepak punya lepak, borak punya borak, gelak punya gelak... Pukul 4.++ pagi, kita orang gerak pergi Bandar Melaka semula. Ambil gambar sikit-sikit, dalam pukul 5.00 pagi dia orang hantar kita orang balik hotel.

Sampai hotel, bersihkan diri terus terbungkang. Memang letih sangat-sangat. Pukul 10.00 pagi baru terjaga.

Bangun, mandi, siap-siap... Dalam pukul 11.00 pagi kita orang keluar pergi 7E cari makanan. Dah tu masuk bilik balik dan makan. Pukul 12.00 tengah hari check-out.

Kita orang terus bergerak ke Dataran Pahlawan dan membeli-belah tak ingat dunia di Heritage Gallery. Murah-murah dan berbaloi juga la. Tapi lepas tu aku rasa nak pengsan sangat sebab barang banyak dan balik-balik pusing tempat sama. Memang letih sangat. Sampai aku nak berjalan ke tempat lain pun rasa macam dah tak terdaya. Tambah pula kaki aku sakit. Kesian sangat dekat kawan baik aku yang nak berjalan lagi.

Dalam pukul 3.00 petang tak salah aku, kawan aku yang stay dekat Melaka tu datang dekat kita orang. Dia bawa kita orang makan dekat kedai asam pedas. Tapi tak sedap. Terpaksa telan juga sebab lapar.

Dah habis makan semua, kita orang bergerak ke Melaka Sentral. Kawan aku ajak pergi Masjid terapung tapi aku sangat tak larat dah. Aku tahu kawan baik aku nak pergi. Kesian sangat aku dekat dia. Tak berjalan langsung pergi sana.

Sampai di Melaka Sentral, kita orang pun nak beli tiket balik ke KL. Tapi malang nasib kami waktu itu, semua tiket habis. Memang dah tak larat pusing satu Melaka Sentral, cari tiket. Nak dijadikan cerita kita orang beli tiket ke Seremban.

Tiket pukul 8.00 malam tapi 8.30 malam baru sampai. Sakit hati sangat, badan dah letih. Sampai je dekat Seremban kena jalan jauh untuk pergi ke KTM. Penat tahap gila dah nie. Nak tunggu KTM sampai pun lambat. KTM terakhir pula tu. Adoiiii........ Pukul 10.22 malam baru sampai.

Di dalam perjalanan sempat juga aku melelapkan mata sekejap. Kami sampai di TBS pukul 11.++ malam. Kawan baik aku minta tolong ayah dia ambil kami di sana dan aku sampai rumah tepat pukul 12.00 tengah malam.


---> Nanti aku masukkan gambar kami. Nak menaip nie pun rasa malas sangat-sangat. Letih tak terkata...

Assalamualaikum...

Bajet RETIS ke?

Assalamualaikum


Kerja nak mengumpat je kau. Hahaha....


Sebulan lebih yang lepas sepupu aku bersalin. Anak ke-3. Anak sulung dia lelaki, 7 tahun ke 8 tahun macam tu la. Anak ke-2 dia umur 3 tahun. Nombor 2 dan 3, anak perempuan. Anak dia yang ke-2 nie lasak sikit. Orang cakap macam perangai aku. HAHAHA... Suka hati dia orang je nak "puji" aku. -_-"


Nak dijadikan cerita, ada satu hari nie anak dia yang ke-2 kena marah. Waktu tu, aku dalam bilik. Dia menagis dan datang dekat aku. Aku buat tak tahu je. Biasa la budak-budak nak perhatian. Aku punya akal nak kenakan dia, aku ambil gambar dia.


Gambar pertama, dia tak perasan aku ambil... Tapi sebab ada flash, dia menagis kuat lagi. Gambar ke-2... Dia cakap sambil angkat tangan "tak nak, tak nak..." Ibarat macam artis cakap waktu gambar dia menagis kena ambil, " Tolong jangan ambil gambar saya" sambil angkat tangan. Hahaha... Aku gelak dah tu aku cakap, kau ingat kau artis??? Hahahaha... Yang ke-3, dia naik atas datang dekat aku, dia berhenti menagis dia cakap "Tengok...!" Hahahahaha.... Poyo, berlakon lebih. #APTB






Belum perasan lagi






Tolong jangan ambil gambar saya, PLEASE...!!!







Kejap nak naik katil, tengok gambar... HAHAHA





Dekat atas nie la antara gambar yang dapat aku kongsikan dengan semua pembaca... HAHAHA... Keletah anak-anak membuatkan penat badan hilang.


Assalamualaikum

Jangan Lah Tak Jadi

Assalamualaikum

 

Berita sedih, berita tergempar, berita apa lagi ea? Setakat nie itu sahaja rasanya. Sorry semua sebab 3 hari tak update. Hahaha... Bajet macam ada yang baca blog kau la kan....!

 

Apa yang sedih, apa yang tergempar? Aku baru dapat satu berita... Dalam aku membilang hari untuk bersuka ria lagi 4 hari, ada kesedihan dan kerisauan yang tak terkata. Cehceh... Hahaha...

 

Kawan baik aku beritahu yang dia jatuh tangga, kaki bengkak. Gambar dekat bawah nie keadaan kaki dia, baru dapat tadi.

 

So, macam mana nak pergi vacation? Adoi... Waktu ada peluang macam-macam yang jadi. Nie la dikatakan manusia mampu merancang tapi segala ketentuan dari Allah S.W.T...

 

Kepada kawan baik saya yang tersayang, cepat sembuh okey. Supaya kita boleh bergembira. Tapi awak jangan paksa diri okey. Saya tak kisah... Walaupun terkilan sikit. Hahaha... Janji awak sihat cepat sebab saya sayang awak... Lot of LOVE..... Muahmuahmuah......

 

Assalamualaikum





Nie keadaannya buat masa nie