L.U.K.A

Assalamualaikum

Aku tak tahu nak bercerita dengan siapa. Blog nie umpama dairi aku. Aku nak cerita dekat orang lain, takut orang cakap aku cemburu buta.

Selama aku berkawan, bertunang dan berkahwin dengan suami, aku nampak dia agak rapat dengan abang dia. Oh, untuk pengetahuan korang suami ada 3 adik beradik. Sulung abang, nombor dua-suami dan nombor tiga adik perempuan dia.

Nak dijadikan cerita sejak dua menjak nie, abang suami ada masalah rumahtangga. Walaupun sebelum nie ada juga tapi kali nie agak teruk sebab sampai bawa ke pejabat agama.

Malam semalam (29/09/2016) waktu nak tidur aku tengok suami sibuk berwhatsapp. Aku pandang je, sambil mengeluh tapi dia buat tak tahu, kusyuk berchat. Bila aku nampak mata suami agak berkaca, aku tanya "Sibuk ke...?" Dia jawab "Tak la, chat dengan akak nie. Saje tanya pasal kereta..." Untuk pengetahuan korang lagi, akak ipar dia iaitu isteri abang dia nak jual dua biji kereta. Bila dia cakap macam tu, aku pun cakap "Tak apa la chat la dulu..." Aku pun tidur.

Biasa aku akan bangun pagi untuk masak. Tiba-tiba aku rasa nak tengok apa yang dia chat dengan kakak ipar dia. Macam-macam la dorang cerita dan bagi semangat dekat kakak ipar dia yang tengah ada masalah rumahtangga. Aku yang baca nie rasa terluka, sedih, sakit hati. Dia kakak ipar, bukan mahram suami aku, orang yang boleh suami aku nikahi. Kenapa dia nak chat kakak ipar dia macam tu? Bagi semangat. Sedangkan bila kami ada masalah tak pernah pun suami perbaiki, tak pernah pun dia pujuk aku, tak pernah pun dia bagi kata-kata semangat dekat aku.  Dia tak pernah layan aku selembut dia layan kakak ipar dia. Semua berlalu macam tu saja, terus berbaik tanpa tanya isi hati aku, tanpa pujukan.

Sejak dia punya kerja tetap, kami jarang berborak. Hidup kami cuma pergi dan balik kerja, bergurau dengan anak. Dia tak ada bertanya tentang kerja aku. Kebanyakan aku yang bertanya kerja dia. Dia dari dulu jarang bercerita apa-apa hal hidup dia dengan aku. Umpama aku hanyalah isteri atas kertas.

Aku teramat-amat kecewa. Aku terluka. Aku mahukan suami yang mampu jadi sahabat aku dunia dan akhirat. Allah dugaan apakah ini? Aku tahu Kau Maha Mengetahui. Aku tahu Kau mencaturkan segalanya tapi Ya Allah, aku terluka. Suami aku yang share dekat facebook jangan dengar rintihan orang yang berlainan jantina (gambar di bawah yang suami share dalam facebook), suami aku yang aku sudah tegur jangan dengar rintihan perempuan lain tapi dia buat juga. Masih berdosa jugakah aku Ya Allah? Ampuni aku Ya Allah andai tidak bersungguh dalam dakwah Mu.

Wassalam












BATAS PERGAULAN

Assalamualaikum

Apa batasnya antara kita dan ipar kita? Adakah boleh bersentuhan, boleh berkongsi cerita masalah (bagi yang berlainan jantina)?

Apa yang aku faham. Ipar kita adalah orang yang boleh kita kahwin. Maknanya dia bukan mahram kita. Apa pula maksud bagi MUHRIM, MAHRAM DAN AJNABI?

Muhrim : Orang yang sedang dalam ihram ketika umrah atau haji.

Mahram : Orang yang lain jantina dan haram untuk mereka bernikah. Siapa orang-orangnya? Rujuk gambar di bawah ;



Ajnabi : Orang yang bukan mahramnya (rujuk gambar atas).

Jadi jagalah batasan anda kerana ada yang memerhati. Bukan manusia tapi Allah Yang Satu...

Wallahu A'lam



SAMAN

Assalamualaikum

Hi semua. Pagi-pagi nie nak cerita sikit. Semalam aku dapat call dari Sarjan Jamal, Balai Trafik Sungai Besi minta aku datang balai jumpa dia. Balik kerja aku cargas la pergi sana. Mana la tahukan ada berita gembira. Namun malangnya, dapat saman da semalam. RM300...

Nanti-nanti la kita kasi settle itu saman. Dia bagi masa 2 bulan. Hahaha...

Siapa-siapa nak derma, sila tinggalkan komen dibawah ye. Hahaha

Adios




LAPORAN

Assalamualaikum

Sorry, semalam tak sempat nak update. Sibuk nawnaw...

Hari Selasa 27/9/2016, lepas maghrib aku dan suami pergi buat report pasal kemalangan hari Jumaat lepas. Kali nie terpaksa bawa si kenit sebab mak aku tak larat nak jaga dia. Alkisahnya si kecik nie meragam pula 1 hari, hari Selasa tu. Mak aku pun moody, tambah pagi tu aku tak masak. Bertambah-tambah la dia moody. Huhu...

Kembali ke cerita utama. Kami sampai, cari la Sarjan Jamal. Dia off duty pula time tu. Alahai, suruh kami datang tapi dia off... Apa boleh buat, malas nak datang banyak kali aku terus buat report. Nasib si kenit tak banyak perangai. Lepas habis buat report, pegawai bertugas cakap yang Sarjan Jamal akan on duty lusa. Maknanya hari nie la, Khamis 29/9/2016. Dia suruh tunggu Sarjan Jamal hubungi aku.

Lepas tu kami pun balik. Nasib dalam perjalanan balik baru si kenit meragam. Rupanya yakyak... Hehehe.. Anak ummi... Macam-macam.

Sekian...





REPORT

Assalamualaikum...

Korang ingat lagi tak pasal post aku yang nie http://nursyamayra.blogspot.my/2016/09/kemalangan.html ? Tak akan la tak ingatkan, baru je update hari Jumaat. Aku dapat update blog aku nie pun bila hari kerja je sebab guna PC pejabat.

Sambung cerita utama balik...

Hari Jumaat nak dijadikan cerita lepas balik kerja, aku tunggu suami aku balik sebab nak pergi buat report sama-sama cerita dia. Bila dia balik, dah mandi apa semua... Aku cakap la "Jom la pukul berapa nak pergi, dah malam nie..." Dah tu dia gelak-gelak cakap, "Nak buat report ke? Ok, awak cerita dengan saya macam mana boleh kena dan macam mana awak nak cerita bila buat report nanti..." Aku bengang la bila orang gelak-gelakkan aku. Aku bukan bodoh. Kalau kita tak salah, buat apa nak takut. Saman belakang cerita, janji kita pergi buat report. Polis nilaikan. Dah tu dia cakap, "Saya tanya abang kawan saya, dia cakap nanti pergi  buat report salah tu dekat awak sebab awak langgar belakang..." Dalam hati aku pun mula berkata-kata, hati menggelegak dan nie. "Vahvahvah... Dengar cakap orang. Orang tu ada ke time saya accident tu? Awak ada ke time saya accident tu? Awak nampak? Abang kawan awak nampak? Belum tahu cerita sepenuhnya, belum tengok keadaan kereta tapi masing-masing bercakap macam orang bijak pandai..." Lepas tu dia tanya, nak buat report jugak ke? Aku dah bengang, aku cakap... "Tak apalah, dah malam... Tak payah buat report..." Dia tanya banyak kali tapi aku dah tawar hati, sakit hati, bengkak hati. Lebih percaya kata-kata orang tanpa yakin kepada diri sendiri dan tanpa membela isteri. Apa kejadahnya jadi suami?

Nak dijadikan cerita pada hari Isnin 26/09/2016, aku dan suami cuti. Aku ada checkup dan suami pula memang cuti. So, aku pun pergi klinik macam biasa dan tengahari aku balik. Lepas Zohor lebih kurang macam tu, ada orang hubungi suami aku. Tiba-tiba suami aku panggil masuk bilik. Dia cakap Tuan Jamal dari Trafik Sungai Besi telefon suruh datang buat report. Nampak tak? Para suami, jangan pernah memperkecilkan isteri anda. Mungkin nampak BODOH dimata anda tapi sebenarnya isteri anda seorang yang bijak. Malam tu aku pun pergi Balai Polis Sungai Besi untuk buat report tapi malangnya sistem balai ada masalah. Sarjan Jamal minta aku datang esok (hari nie la, Selasa 27/09/2016) selepas balik dari kerja.

Esok aku sambung cerita apa jadi dekat balai nanti ea... Janji aku pergi buat report.

Pesanan aku untuk para suami dekat luar sana. Belalah diri isteri kamu, adalah ketika dia memerlukan sokongan dan jangan sekali-kali kamu merendahkan diri isteri kamu kerana kuatir, kamu yang lebih rendah attitude dan pengatahuan dari isteri mu.

Sekian terima kasih...






Kemalangan

Assalamualaikum

Hari nie, pagi yang cerah 23/09/2016. Aku pergi kerja dengan senang hati. Boleh pergi tapau. Biasa hari jumaat aku akan beli nasi lemak bungkus untuk kawan-kawan pejabat. Sambil tu niat la sedekah untuk ahli keluarga aku.

Happy aku pergi tapau hari nie. Beli nasi lemak 5 bungkus, kuih 5 biji, bakso 1 dan nasi putih + telur mata + ayam sambal, baru kena RM12 berapa sen tak ingat. Lepas membeli, pergi la kerja dengan senang hati. Nak makan bakso, tak sabar. Bau bakso, 1 kereta semerbak. Bertambah-tambah laparnya.

Aku pergi kerja lalu Taman Counaught, masuk Litrak dan turun susur Salak Selatan-Sungai Besi. Turun je susur tu, aku seronok la. Awal sampai hari nie. Aku pun menyusur perlahan ke kanan. Aku pun bagi la signal. Aku nampak ada kereta Myvi dari arah Tasik Permaisuri. Duduk betul-betul tepi dan belakang aku, dia berhenti. Aku pun keluarkan tangan dan masuk pastinya dengan perlahan sebab depan ada kereta. Kereta depan dah menyusur aku tetap keluarkan tangan sebab takut kereta Myvi tu tak nampak signal aku. Aku tekan minyak dan "BUMMM". Kereta aku langgar 1 kereta atau kereta tu yang langgar aku. Kereta Myvi tadi.

Adoi, aku dah semangat datang awal. Dia boleh buat hal. Aku dengan kereta tu pun pergi ke tepi. Aku turun, aku pun cakap la "Kenapa u jalan jugak? Kan i dah bagi signal, dah keluarkan tangan..." Dia jawab, "Mana i tahu, u kena la tengok i. Tak kan i yang kena tengok u?" Aku dah start menyirap time tu. Dia tambah lagi, "U la salah, u langgar belakang i..."

Vahvahvah....! Senang nak claim aku salah nie. Ingat aku nak mengalah ke? Cerita punya cerita, aku pun dah lambat pergi kerja. Aku ambil nombor telefon dia, ambil gambar nombor kereta. Aku cakap pukul 6 cerita dekat balai.

Aku pun call suami. Cerita dengan suami tapi airmata bergenang. Jangan ejek aku cengeng ea. Huhuhu... Bagi nombor dia dekat suami, suami call. Ada ke dia ajak suami aku minum. Ingat suami aku tak ada kerja, kena marah lagi la orang tua tu. Adoi, kesian pulak dengan dia. Maaf la uncle, kami laki bini memang kurang sifat kesabaran. Hahaha...

Kita report ye nanti uncle

Adios...!







SUDAH KAU TAHU

--------------------
Seringkali engkau menduga
Seringkali ini terjadi
Segala rahsia sudah kau tahu
Rupanya engkau tak dicintai

Untuk apa ku buat engkau begini
Segala apa yang telah kau lakukan
Airmata kau mengalir di pipi
Segala yang kau korbankan untuk diri ku

Mengapa masih lagi kau
Berdiri kau menunggu cinta ku
Mengapa masih ada ku
Menyakiti di siang malam mu
Kau terima cinta mu dipersiakan

Sayang,
Kau, ku lupa
Kau, ku luka
Tanpa aku sedar

Sayang,
Selamat tinggal
Aku kan pergi buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpa ku, selamanya

--------------------

















Cinta Sukar Ditafsirkan


----------------------------------

Ku masih ingat saat-saat yang indah

Ku masih rasai kau ada di sisi
Walaupun kau sudah tiada
Kenapa ku merindui mu?
Sebab hati ada simpan cinta lalu


----------------------------------




Kenangan Terindah



Bila yang tertulis untuk ku
Adalah yang terbaik untuk mu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidup ku





K.A.W.A.N

Asslaamualaikum

Hari nie nak cerita pasal kawan.

Kawan nie memang ramai kita boleh dapat tapi mampu ke kawan ada time susah dan senang kita? Aku ada cerita sikit tentang kawan. Ada banyak jenis kawan. Nie bahagian aku.


* * * * * * * * * *


Dulu waktu sekolah rendah aku ada 2 orang kawan, kira rapat jugak la. Aku namakan A dan B. Balik sekolah sama-sama, rehat sama-sama. Tapi aku tak tahu mana silapnya, 1 hari tu kawan yang B nie tiba-tiba menjauhkan diri dari aku. Bila aku datang dekat, dia lari. Aku tanya dekat kawan yang A nie, dia pun tak tahu kenapa. Sampai hari nie aku masih ingat dan tak dapat jawapan kenapa jadi macam tu. Dah berpuluh tahun, nak tanya pun masing-masing dah tua. Aku lupakan je niat nak tanya tu.


* * * * * * * * * *


Yang nie pula time sekolah menengah. Aku nie jenis dengan semua orang aku kawan. Ceritanya aku nie suka la minta sikit makanan dan minuman kawan-kawan aku. 1 hari tu aku minta la air kawan aku (aku namakan dia C) nie dah tu terkena la sikit dekat baju dia, tak semena-mena dia cakap "anak haram betul..."....  Sampai sekarang aku ingat. Bukan nak berdendam tapi sepatutnya dari situ kita tahu mana kawan dan mana lawan. Takkan sebab tu je kau nak cakap macam tu dekat orang.


* * * * * * * * * *


Time tingkatan 6 lain pula cerita. Aku dulu ada tulis tentang kawan-kawan tingkatan 6 aku dalam blog nie. Aku letak nama dan cerita perangai mereka seorang demi seorang. Ada 16 orang semua sekali dan aku share dalam facebook. Bawah sekali aku ada tulis "macam mana buruk pun perangai mereka, aku tetap sayang mereka..." lebih kurang macam tu la aku tulis. Namun mana silapnya, mulut siapa yang berkata tanpa baca sampai habis aku pun tak tahu. Semua memusuhi aku. Aku redha sebab siapa yang memusuhi aku tu tak baca dan faham dengan baik. Aku maafkan mereka.


* * * * * * * * * *


Lepas habis sekolah aku ada la 2 orang kawan nie. Seorang yang si C nie, lagi seorang aku namakan D dan jadi kawan baik aku sampai sekarang. Pergi mana-mana kami mesti bertiga. Time tu kami naik motor  tapi yang kawan baik aku nie tak ada lesen dan motor jadi dia tumpang antara kami berdua. Pergi mana-mana mesti kami bersama, memang kami rapat. Tapi 1 hari ada la seorang lagi kawan aku bagi nama E nie cerita dekat D, yang kawan kami lagi seorang aku bagi nama F cerita yang aku nie senang tukar-tukar jantan sebab aku senang serahkan diri. Bila E tanya mana dia tahu, F cakap C yang cerita. Sejak tu aku dah tak berkawan dengan C dan F sebab fitnah tu.


* * * * * * * * * *


Selang beberapa bulan atau tahun si F datang minta maaf dan aku ceritakan segalanya. Dia terus-terusan minta maaf dan aku memaafkan dia. Kami pun buat group whatsapp untuk kawan-kawan sekolah dulu. Kami berkumpul sama-sama. Bahagia ke sana ke mari sama-sama. Selang beberapa bulan ada la perselisihan faham pasal application dalam phone. Ada salah seorang nie (aku bagi nama G) jenis berpelajaran dan terus sebut apps, apps dan apps, tak sebut application pun. Aku pun remove G dari group sebab aku tak nak orang cakap dia berlagak, yang G nie pun lebih kurang rapat jugak dengan aku. Sampai sekarang G tak ada contact aku tanya kenapa jadi macam tu dan bila aku up status dekat facebook pun dia tak ada PM aku cakap apa-apa. Mungkin tak terasa kot.


* * * * * * * * * *


Bulan berganti bulan. Ada lagi perselisihan faham berlaku dalam group berkenaan. Ada yang leave group. Aku namakan dia H. Dia agak bergaya ala diva-diva. Ramai yang PM aku cerita pasal dia dan mengutuk dia sebab terlampau berbangga dengan geng kakak-kakak dia termasuk la si F. Yela siapa tak terasa geng kakak-kakak berduit, geng kami biasa-biasa je. Ada sekali tu aku screenshot wechat seorang kawan (aku bagi nama I) ada tulis nama sama dengan H. Aku cakap "fuyooo... ada geng baru.." Ada yang menyampai dekat H dan I. Selang beberapa jam atau hari aku pun tak ingat, si F leave group alasan dia phone dia rosak. Sejak tu F tak ada PM aku dah. Selang beberapa hari atau minggu I PM aku tanya kenapa aku nak laga-lagakan dia dengan H. Jadi aku tahu la siapa yang menyampai dan aku pun tak pasti dari mana aku melagakan H dan I. Sedangkan aku cuma cakap H dah ada kawan baru lepas dia leave group. Tapi apakan daya orang tak faham maksud melagakan, nak buat macam mana. Si I nie sebenarnya rapat dengan aku jugak time muda-muda. Sama-sama naik motor dulu ke mana-mana. Aku banyak tolong dia jugak tapi apakan daya. Rapat macam mana pun, cerita dari orang lagi dia percaya dari kawan susah senang dia. Apa boleh buat. Orang yang melagakan lebih dipercayai. Senang cerita maki ramai-ramai, salah dekat aku sorang. Hahahaha


* * * * * * * * * *


Selepas itu aku buat group baru lagi. Dalam group tu ada la D, J, K, L, M , N, O, P. Nak dijadikan cerita si O nak kahwin dan minta aku, J, K, L, M, N jadi bridesmaid. Last minute nak cari shawl. Kalau dulu ke mana-mana aku yang bawak diorang. Yang D, J, K, M dan aku ada kereta tapi kebiasaannya aku la yang bawa diorang ke hulu hilir. Mana diorang nak pergi, aku angkut tapi sejak aku kahwin aku tak dapat nak bawa diorang pergi mana-mana sebab suami aku tak izinkan aku jadi driver diorang dah. D pulak dah kahwin duduk jauh dekat Klang dan sudah ada anak, lagi la susah dia nak keluar ke mana-mana. J pulak roadtax mati, K kereta rosak, M kerja. Tak apalah beli online je. Dah order apa semua, dah setuju kami pun tunggu la shawl sampai ke tangan kami. Sebelum order tu, J kata roadtax mati. Bila dah order tiba-tiba dia hantar gambar pergi makan ayam penyet. Semua pun macam terperanjat sebab ajak pergi beli shawl kata roadtax mati. Kami pun saja-saja la nak perli-perli dia. Last-last dia ajak K pergi Masjid India. Aku pun bantai la, "yang ada pun tak boleh nak tolong"... Tiba-tiba dia mengamuk-ngamuk apa aku pun tak ingat. Last-last J leave group. Dia PM O dan cakap "Aku still join wedding kau tapi aku tak ada dalam group tu. Apa-apa update je aku. Aku tak suka si S (aku la tu) tu, mengandung-ngandung pun mulut macam apa je..." Padahal aku tak maki apa-apa pun. J siap update status facebook. " Dari berbelas-belas dalam group tu, tinggal berapa kerat je...." Aku ingat itu je yang lain tak ingat apa dia tulis dan hashtag dia #mulutlongkang


* * * * * * * * * *


Kepada kalian dalam cerita di atas ini. Aku minta maaf kalau ada kata-kata kasar yang aku lemparkan. Kepada yang melagakan aku dengan yang lain dan memfitnah aku, aku tak akan maafkan kau dunia dan akhirat. Kau cakap aku, kau cermin diri kau dan ingat berapa banyak pulak aib korang aku tahu. Kita nie kalau dah lama kawan, sama-sama maki orang tak payah la nak menyampai-nyampai. Busuk sangat nampak hati tu.

Sekarang aku kawan dengan siapa yang nak kawan dengan aku dan aku tak letak 100% kepercayaan pun dekat orang sekeliling aku. Biarlah aku nampak jahat kerana buruk sangka dengan orang sebab aku jadikan pengalaman hidup sebagai pengajaran.

Maaf kalau apa yang aku tulis nie buat korang keliru dengan watak-watak yang ada. Aku juga minta maaf kepada mereka-mereka yang rasa aku la penjahat dalam persahabatan.

Wassalam


MAAFKAN AKU

* * * * * * * * * *

Sedar aku yang salah, buta memilih cinta. Hancur naskhah hati mu, maafkan aku. Silap aku yang tidak setia dengan diri mu, sedar aku yang salah maafkan aku.

Sayang, dengar dulu penjelasan ku sebelum aku kehilangan mu. Riak wajah mu aku tahu, sinar mata mu semakin layu. Ku cuba beri segalanya tanpa ku sedar kau terluka. Maafkan aku, aku merayu.

Maafkan semua silap ku, bukan niat ku begitu.

(Petikan lirik lagu Oh No -Tasha Manshahar feat Viral)

* * * * * * * * * *

Khas aku tujukan kepada mereka yang mengenali diri ini. Sesungguhnya banyak salah dan silap ku tanpa sedar sebagai seorang manusia biasa. Maafkan aku, dunia dan akhirat.


Si Pipi Merah

Assalamualaikum...

Lama dah rasanya tak update dalam nie.

Alhamdulillah pada 30hb April 2016, aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang aku beri nama Nurul Humaira binti Muhd. Nur Hafiz.

Perjalanannya bermula begini. Hehe.

29hb April 2016 aku telah berjanji dengan sahabat2 ku untuk berjumpa dan makan bersama pada sebelah malam. Pada pagi itu, aku pergi kerja seperti biasa. Namun apabila berada di pejabat aku rasa perut ku memulas seperti gastrik. Aku minta pada bos untuk pulang awal dan dia benarkan. Aku pergi klinik dan doktor check jalan baru terbuka 2cm dan aku disarankan untuk balik ke rumah dan rehat. Aku pun pulang ke rumah.

Petang itu juga aku telah pergi ke rumah rakan sekolah rendah ku untuk ambil kek yang telah aku tempah. Kek nutella cheesecake dan mango cheesecake. Selepas itu aku terus balik rumah. Selepas maghrib suami ku hantar aku ke tempat yang dijanjikan dengan sahabat-sahabat. Manakala suami ku ke Seremban untuk menziarah pakciknya yang sakit.

Tepat jam 10 malam mak aku telefon marah-marah, ayat dia begini. "Tak reti nak balik? Kau tu dah nak beranak, lama-lama pulak jumpa kawan..." Aku pun ajak la mereka balik. Dalam 10.30 malam, sampai aku ke rumah dengan dihantar oleh sahabat aku.

Sampai rumah aku baring, tepat pukul 11 malam aku rasa macam terbuang air kecil tapi aku tak rasa macam nak shishi pun. Aku pun pergilah tandas nak tengok tapi tak berhenti-henti keluar. Aku pun tanya mak, air ketuban tu macam mana. Mak aku cakap warna dia jernih. Aku cakap tak mungkin sebab yang keluar nie warna kekuningan. Aku pun beritahu suami yang masih di Seremban masa tu dan aku dah mula rasa sakit yang kejap-kejap datang tapi bukan nak buang air besar. Tak tahu nak cakap macam mana,

Selepas beberapa jam suami aku pun balik. Senyum, mandi dan tidur. Aku macam terperanjat juga dengan reaksi dia tapi tak apalah aku masih boleh bertahan. Namun setiap kali aku terlelap, setiap kali itu juga sakit datang. Hinggalah pukul 4 pagi aku sudah tidak tahan dengan sakit itu, aku pun pergi mandi dan kejutkan suami. 4.30 pagi aku bertolak ke Hospital Ampang. Sebelum itu sempat juga aku minta ampun kepada mak dan aku sedar terlalu banyak dosa aku pada mak.

Sampai di hospital, jururawat bertugas tanya macam-macam tentang tanda awal bersalin. Selepas itu aku diminata untuk masuk ke dalam bilik rawatan dan doktor check jalan sama ada sudah terbuka atau belum. Doktor kata baru 2-3cm buka tapi disebabkan air ketuban sudah keluar, doktor tahan aku.

Pukul 6 pagi aku masuk wad. Suami aku hanya dibenarkan hantar barang dan dia diminta pulang. Suami pun pulang dan aku menahan sakit tanpa siapa-siapa di sisi. Cuma apa yang aku ingat pada waktu itu adalah Allah. Mulut ini tidak berhenti dari menyebut Allah, Allah dan Allah. Aku tahu, dosa ku lebih banyak kepada Dia. Aku mohon dipermudahkan segalanya dan dipercepatkan segala urusan ini. Sambil itu aku bercakap juga dengan anak dalam kandungan. Seandainya sudah tiba masa, cepatlah keluar.

Orang kata nak cepat bersalin, berjalan la waktu sakit tu. Aku tak mampu nk buat macam tu. Baru berjalan selangkah dua, sakit datang. Aku banyak baring dari berjalan. Ada sekali atau 2 kali doktor datang check jalan. Last check 4cm, aku terus ditolak masuk ke dewan bersalin. Sebelum itu aku sempat menelefon suami untuk memberitahu dia yang aku sudah mahu bersalin dan ingin minta ampun pada dia. Tepat pukul 10-10.30 pagi, aku ditolak masuk ke dewan bersalin.

Sebelum itu aku diminta untuk pergi ke tandas terlebih dahulu kerana apabila sudah ada atas katil bersalin aku tidak dibenarkan untuk turun. Selepas aku naik ke atas katil, macam-macam yang disuntik, dipakaikan dan kata-kata dari jururawat yang bertugas. Malahan selang beberapa minit jalan akan dicheck oleh mereka.

Tidak lama selepas itu suami pun datang temankan aku di dewan bersalin. Waktu itu hanya mampu menyebut nama Allah tanpa henti dan beristighfar.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Tepat pukul 1.59 petang tidak silap aku, lahirlah puteri ku ke bumi Allah ini. Tanpa sempat jururawat/doktor untuk potong kulit ku sedikit. Selepas keluar dari dewan bersalin, mata pertama yang aku cari adalah mata mak. Perkataan pertama yang keluar selepas nampak mak ialah sakit dan dalam hati tidak berhenti minta maaf pada mak.

Begitulah ceritanya lahir seorang puteri yang ku kasihi dan cintai, tidak pernah kurang walau sedikit pun.

Wassalam...