Bosssssssss......!!!!!!!!!!!!!!!!!

Duit-duit di mana kau duit  

 

Assalamualaikum


Bukan nak mengata bos tapi nak cerita la sikit. Tapi kalau ada bos-bos syarikat yang terbaca ambil la iktibar. Tak lupa juga kepada pekerja-pekerja yang pentingkan diri sendiri.


Cerita pun bermula...


Aku kerja dengan company nie nak dekat setahun dah. Waktu mula-mula aku masuk dulu, ada seorang budak nama dia D. D nie budak dia lembut je. Dia masuk company nie sebulan sebelum aku masuk. Nak dijadikan cerita... Sebulan selepas aku masuk kerja kat sini, aku kena transfer ke cawangan lain.

 

Tak lama lepas tu, aku dengar cerita D nie berhenti kerja. Dia tak tahan sebab selalu kena herdik, kerja macam balaci senior-senior dan dia pun dah dapat kerja baru.


Company nie terbahagi kepada 3 bahagian. Admin, sale dan maintenance. Bagi pekerja yg dah confirm, gaji akan masuk 27hb. Bagi yang belum, gaji akan masuk hujung bulan. Tapi sejak bulan lepas, gaji semua pekerja masuk hujung bulan. Termasuk bahagian maintenance yang pada mulanya masuk pada 25hb.


Mesti kau orang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba sistem bertukar. Semua sebab D berhenti tanpa notis. Seperti yang semua maklum, mana-mana company kalau nak berhenti mesti bagi notis berhenti sebulan sebelum. Tindakan bos pun tak salah. Kita sebagai pekerja kena ikut etika juga. Nak berhenti hantar notis dulu. Lulus atau tidak itu belakang cerita. Asalkan kita hantar notis tersebut.


Nie namanya... Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.  Kepada bos, banyak-banyak bersabar dan layan la pekerja bagaikan keluarga bukan balaci anda. Kepada semua pekerja, bekerja dengan ikhlas dan positifkan diri anda.


Assalamualaikum 


 

Bandar Ladang???

Assalamualaikum


Kau orang mesti ada Facebook (FB) atau bahasa Melayu nya, kononnya MUKA BUKU. Kau orang pernah tak main game dalam FB tu? Ada satu game nama Farmville. Dia ada Farmville dan Farmville 2. Mula-mula dulu aku suka main Farmville. Dah malas nak main aku buang je game tu.


Tapi sekarang nie aku taksub pula dengan Farmville 2. Pagi masuk office je mesti aku buka FB. Tengok-tengok apa yang patut, dah tu aku buka game nie. Buat kerja sikit je, game lebih aku nie.


Tapi game nie best sangat la. Cuba kau orang main, tapi jangan sampai taksub sangat macam aku. Lalai nanti, jangan lalai dengan dunia. Acehceh cakap orang... -_-"

Nie border dia je...huhuhu

Assalamualaikum







Office...??? OMG

Assalamualaikum


Pagi-pagi sampai office tengok dah macam tongkang hancur. Dah la aku sampai lambat... Officemate aku lagi lambat... Kelam-kabut aku buka office tadi...

 

Masuk-masuk buka suis semua, dah tu kemas office yang berterabur tu. Mesti engkau orang tertanya-tanya apahal la budak nie asyik tulis office bersepah. Sebab malam semalam bos-bos aku nie cat office... Berterabur la office nie dengan surat khabar lama. Lama tak lama la, surat khabar semalam. Aku dah la tak baca lagi. Ish ish... Aku kutip la kertas-kertas yang bersepah tu.


Masuk toilet tengok kotor je. Basuh pula toiletnya. Nak dijadikan cerita toilet nie baru lepas renovate. Tiles dah tukar, tiles lantai nie kasar sikit dia orang buat. Jadi bila cuci cat, dia melekat la pada tiles tu. Aku tonyoh-tonyoh tak nak tanggal juga, aku cuci je la macam biasa. Hahahahaha....


Letih wei... Dah penat-penat mesti nak tidur. Okeylah, cau cin cau....HEHEHE.... 

 

Assalamualaikum

 

 

 

Nie la toilet baru... Hehehe


Sink baru, dah macam hotel 5 bintang


Siap ada shower lagi

 

Hawa oh Hawa

Assalamualaikum

Ketahuilah kalian bahawa Allah S.W.T telah menciptakan wanita dan telah menjadikan kaum Hawa ini seorang yang sangat kuat.

Allah S.W.T telah menciptakan bahu seorang Hawa agar mampu menahan segala beban dunia dan isinya. Walaupun sebenarnya bahu itu sepatutnya satu tempat yang nyaman dan lembut untuk anak-anak kecil tumpang tidur.

Tahu tak kamu wahai anak-anak Adam bahawa Allah S.W.T sangat menyayangi ibu mu. Allah S.W.T telah memberikan rahim yang kuat untuk ibu-ibu mu. Sedar atau tidak rahim itulah tempat tinggal buat kamu anak-anak Adam sebelum melihat dunia yang fana ini. Namun ibu itu jugalah yang telah kamu cerca apabila kamu telah membesar.

Saat semua telah menyerah kalah tapi tidak bagi kaum Hawa ini. Begitu indahnya Allah S.W.T mencipta kaum Hawa. Allah S.W.T telah memberi kekuatan dan keperkasaan kepada mereka untuk terus berjuang.

Walau dalam mereka letih, sakit, penat mereka tetap sabar terus menguruskan keluarga. Mulianya mereka kerana Allah S.W.T telah memberi kekuatan dan kesabaran jiwa yang tinggi.



Allah S.W.T berikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Disebalik kekuatan seorang Adam wujudnya seorang Hawa yang gagah. Dialah penyejuk hati suami, dialah pembimbing suaminya ketika hilang arah, dialah yang akan ada waktu suaminya susah dan senang. Dia juga akan pertahankan suaminya agar suaminya sentiasa ada di sisi bagi melindunginya, menjadi khalifahnya dunia dan akhirat.

Allah S.W.T berikan kepada Hawa kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Tahu lah kamu wahai Adam, Allah S.W.T berikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan". 

Assalamualaikum

Senggugut???????????

Assalamualaikum

Nampak tajuk tu? Nie berlaku kepada perempuan sahaja tahu, lelaki jangan nak gedik-gedik pula...

Nie juga salah satu ujian yang Allah S.W.T beri kepada kaum Hawa nie. Sayangnya Allah S.W.T pada kita. Setiap penyakit itu akan menghampuskan dosa-dosa kecil... TAK GITU???

Nak tahu kenapa boleh jadi senggugut? Saya pun baru tahu sebabnya dan saya akan kongsikan dengan anda semua.

 
Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Ianya dibahagikan kepada dua bahagian.

Senggugut jenis Pertama dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.

Ramai dikalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapatkan anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’

Gadis gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat tahan sakit seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain ubat yang sesuai. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandongi hormon ‘ Norethisterone’.

Senggugut jenis Kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh sesuatu penyakit dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim  seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor pakar sakit puan.

Kesimpulannya, senggugut yang biasa yakni bukan kerana penyakit lain dalam tubuh akan hilang setelah anak gadis itu kahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senggugut akibat penyakit pula memerlukan rawatan khusus bergantung kepada penyebab penyakit. Di peringkat ini pesakit dinasihat berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat.

Inilah dia sebenarnya kenapa adanya senggugut itu. Ini semua adalah anugerah dan kelebihan dari Allah S.W.T. Semua kehendaknya... Bersyukurlah anda wahai kaum wanita. 

Assalamualaikum


Bosan tak???



Assalamualaikum

Nak post lagi la... Esok dan lusa cuti dah. Dua hari tak dapat nak post. Hehe...

Tajuk post macam nak gempak... Padahal tak ada pape pun. Bak kata budak-budak zaman sekarang... HABUK.....!!! Hahahaha...

Aku nak beritahu kepada satu dunia yang aku tengah bosan sekarang nie... Kalau kau orang semua bosan, kau orang buat apa? Cuba la kongsi-kongsi sikit. Mana tahu aku boleh buat sama.

Bosan-bosan juga tapi kerja tak jalan.

Nie pun baru habis mesyuarat. Atas kelalaian aku dalam membuka baucer pembayaran, Bendahari Agung pun tersalah buka cek. Sedihnya asyik buat salah.

Okeylah, nak balik.

Assalamualaikum

Kerja VS Facebook KATA KAU...!

Assalamualaikum

Lama dah tak menaip dekat sini. Nak dekat setahun ke dah setahun. Entri yang lama-lama pun dah delete. Sekarang dah kerja baru. Alhamdulillah rezeki ada di mana-mana. Walaupun tak tinggi pelajaran dan gaji kecil, mampu lagi aku nak menampung hidup aku.

Tapi kenapa entah malas sangat nak buat kerja. Nie dinamakan kelalaian dunia. Sibuk berfacebook KATA KAU...! Hahaha....

Perut lapar, officemate on diet. Tak ada kawan nak makan. Nak ajak dia mesti dia tak nak. Aku??? Tidak mungkin nak diet sampai tak makan KATA KAU...! Dulu mungkin la agaknya, waktu excited nak kurus dulu. Tapi sekarang tak agaknya. Tapi cover la juga nafsu makan KAN...? Tak begitu?

Okeylah, nak sambung buat kerja dan melihat haiwan peliharaan dan tanaman di FarmVille.
Ish... Ish...


Assalamualaikum