Copy & Paste

Assalamualaikum...

Dekat sini aku nak kongsi sikit informasi. Memandangkan sekarang nie banyak sangat keluar cerita-cerita seram, siap buat filem bagai. Aku ada terjumpa seorang brother nie kongsi tempat-tempat yang mostly popular keseramannya dekat negara kita nie. Korang semua jemput la menimba ilmu okey.

Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada 14 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia



1.Highland Tower – Kuala Lumpur Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana



2. Banglo Mona Fandey Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.



3. Kemayan City – Johor Bahru Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.



4. Lebuhraya Karak Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.



5. Villa Nabila – Johor Bahru Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini, boleh tengok –>Misteri Villa Nabila Di Johor Bahru



6. Amber Apartment – Genting Highland Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.



7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.



8.Institusi St Michael – Ipoh Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.



9. Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar – Perak Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.



10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.



11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.



12. Rumah ADO Menumbok – Sabah Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.



13. Penjara PuduTidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.



14. Seri Perdana, Putrajaya Kisah kelibat perempuan puaka yang menabung sejak kecil untuk membeli sebentuk cincin bernilai jutaan ringgit. Puaka itu juga menghantui rakyat dengan bebanan kos sara hidup yang tinggi dan bebanan hutang isi rumah akibat dari keborosan puaka itu berbelanja. Ramai rakyat telah hilang tanpa dapat dikesan kerana cuba menghapuskan puaka tersebut.





NOMBOR 14

Macam cantik je, macam comel je

CANTIIKAN??? LAGI CANTIK DARI DIA BUKA TUDUNG


Assalamualaikum....

Panjang sikit tajuk hari nie. Aku suka nak terlabik-terlabikkan ayat nie. Hobi katanya, jangan pelik okey wahai pembaca semua. Hahaha... Mesti semua tahukan pasal apa aku nak cerita nie.... Aku tengok video 1st pasal benda nie parody bulu kaki. Memang aku tak faham dan memang kena carut sebab bazir masa aku. Dah beberapa hari lepas aku tengok tu, baru aku tengok yang original punya.

Mula-mula tengok, wei video apa nie??? Tak ada kerja ke buat benda nie. Muka cantik tapi buat video entah apa-apa. Dah tu tertengok pula video-video parody dia. Tertarik la juga aku nak tengok. Video paling comel aku tengok, siapa lagi kalau bukan raja video MIG, Bobo. Hahahaha....

Aku tak pernah la minat ke suka ke apa ke dengan Bobo nie. Tapi dia punya parody memang comel. Hahaha... Memang aku gelak kaw-kaw la katanya. Hahaha.... Lagi 1, aku tak pernah terjebak dengan budak-budak zaman sekarang nie tapi bila aku tengok parody budak Syasya nie... Aku pun terikut-ikut MACAM CANTIK JE, MACAM COMEL JE.....!!!!!

Kenapa aku??? Why? Why? Why?

Wassalam

Fiona vs Balqis

Assalamualaikum

Aku ada dua harta. Tapi dua-dua pakai duit mak aku. Guna duit aku bila pun aku tak tahu. Hehehe...

Satu aku bagi nama Fiona dan satu lagi aku bagi nama Balqis. Aku sayang dua-dua. Mula-mula dulu mak aku belikan Fiona untuk aku, waktu tu umur aku baru 17 tahun. Dia beli pun untuk mudahkan aku pergi sekolah, time tu nak dekat-dekat SPM dah. Dia beli pun sebab area rumah aku susah sikit nak dapat bas, nanti nak pergi ambil paper susah pula tak dapat bas kan. Kesian mak aku, habis duit dekat aku tapi aku still derhaka dengan dia. Bila la aku nak berubah. Emmm...

FIONA (SAMA TAPI TAK SERUPA)


Baru-baru nie pula dia belikan aku Balqis... Kali nie lain sikit sebab geran Balqis atas nama aku. Kesian mak aku, habis lagi duit dekat aku. Semua nie sebab susah sangat nak buat loan. Aku lama dah nak beli second nie tapi mak aku tak berani, takut banyak rosak katanya. Nak dijadikan cerita sepupu aku nak jual pulak WRD nie dekat aku. Mak aku pun beli la... Semua guna duit dia. Kesian mak aku, habis duit dekat aku. Sampai adik aku cakap " Kenapa mak bagi dekat dia...??? "... Tapi nanti aku dapat gaji lebih dari sekarang, aku bagi Balgis kepada adik aku. Aku pula akan beli yang lain... Nama belum fikir lagi. Hehehe... Itu perancangan aku la....


BALQIS (SAMA TAPI TAK SERUPA)


Tapi tu la.... Bila ada Fiona, orang minta tolong itu ini. Ada Balqis lagi la. Tapi Balqis aku kurang sikit bantu-bantu orang nie. Kadang-kadang simpati tu ada juga. Tapi adik aku dah pesan awal-awal... Buat baik berpada-pada. Jadi aku kena la buat baik berpada-pada. Balqis nie aku khaskan untuk kegunaan keluarga aku dan sedara mara aku. Walaupun sedara mara aku meletakkan satu jurang antara aku dan mereka, aku tetap anggap dia orang bagaikan keluarga aku sendiri. Hanya Allah S.W.T sahaja tahu hati aku yang tulus ini. Hahahahaha... Tak boleh belah....

Wassalam

Rindunya....

Assalamualaikum

Aku ada seorang kawan baik. Agak rapat dengan aku. Dia bila ada masalah mesti call aku. Bila dengar suara aku atau gurau bodoh-bodoh dengan dia, dia jadi okey... Kata dia la... Aku pun kalau sakit ke, sedih ke apa pun la... Mesti aku cari dia.

No caption... T_T

Tapi biasanya, bila dia single je dia akan call aku kerap. Bila dah berpunya, mesti dia jarang dan kadang-kadang tak hubungi aku langsung. Nak dijadikan cerita, sekarang dia dah berpunya. Dia senyap macam tu je. Hari penting aku pun dia tak buat apa-apa ucapan walaupun dalam facebook. Sedih sikit la... Waktu dia sunyi, dia cari aku. Bila dah berpunya dia campak aku jauh dari hidup dia.

Wassalam

Adam VS Hawa

Assalamualaikum...

Hai, hai semua... Lama dah aku tak menaip dekat sini. Sibuk katanya... Boleh update sebulan sekali jela gamaknya... Hahaha...

Apa la yang banyak tu ea? Siapa pula yang berkata begitu? Cewaahhh...! Hahaha...

Perempuan nie sifat dia serabutkan? Kejap marah, kejap manja, kejap mengada-ngada, kejap macam tu, kejap macam nie. Macam-macam kerenah. Semua serabutkan kepala sang arjuna. Tapi bila perempuan senyap, okey je, tak fikir apa-apa... Yang belah sana kelam kabut pula. "Dia buat apa la sekarang nie. Dia okey ke aku layan dia macam nie. Dia okey ke aku jarang telefon, mesej, jumpa dia..? Nampak???

Apa yang kau nampak??????????

Adam dan hawa memang telah diciptakan untuk bersama. Bila tak ada, rasa sunyi betul? Bila ada serabut la pula dia nie. Sama je lelaki ke perempuan.

Ada la satu cerita pasal kawan aku nie. Dia nie memang jenis panas baran sikit la. Ada je tak kena kalau pakwe dia buat. Sama la dua-dua tu. Nak dijadikan cerita, ada 1 malam tu dia pergi la lepak dengan pakwe dia dan kawan baik pakwe dia nie. Waktu tu pula baru lepas hari jadi dia... Pssttt...!!! Nak beritahu semua, pakwe dia lupa tarikh hari jadi dia. Dia pun bahan-bahan la pakwe dia. Dah tu kawan baik pakwe dia cakap macam nie lebih kurang, " Kau tak boleh buat macam tu, pakwe kau nie banyak lagi benda nak kena fikir..." Kawan aku nie pun apa lagi, sentap la sikit. Dalam hati pun berkata-kata la... " Habis aku tak ada benda nak fikir???'" Begitu la ceritanya.

Selepas kejadian tu, dia malas nak kisah dah pasal pakwe dia.. Ada ke tak ada ke, dia rasa sama je. Dia buat hal sendiri. Dia dah tak ada mood nak melayan kerenah pakwe dia yang konon dia langsung tak ada kerenah yang menyerabutkan kepala otak kawan aku nie. Tapi tiba-tiba pakwe dia tanya tak apa ke jarang jumpa, mesej, call apa semua bagai la. Kawan aku cakap tak apa, faham kerja... Padahal hati dah tersiat halus. Hahahaha....

Ppsssttt...!!! Kaum Adam dan Hawa, kalau nak berkasih sayang kena la pandai ambil hati. Jangan dah jemu baru terhegeh-hegeh katanya.....!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wassalam



SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN DALAM PERCINTAAN

Rumitkah kaum ini?

Assalamualaikum

Setiap inci kehidupan adalah penting bagi seorang manusia berjantina perempuan. Dari hal sekecil kuman sehingga sebesar dunia, pasti menjadi keutamaan. Jika dapat kritikan yang tak baik atas apa yang dilakukan untuk tersayang, pasti akan terguris. Hal ini kerana dia cuba lakukan yang terbaik untuk kehidupan dan hubungan bersama si dia.

Dia akan hafal semua tarikh penting dalam hubungan bersama si dia. Walaupun duit cukup-cukup makan. Pasti dia tetap akan beli atau buat sesuatu untuk sambut tarikh tersebut. Dia perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk kebahagian bersama dia. Dia selalu mendambakan teman disisi bukan kawan, bukan sahabat tapi teman sehidup semati yang sentiasa bersama ketika dia memerlukan. Mungkin kawan boleh menjadi pendengar yang setia tetapi dia mengharapkan si dia menjadi pendengar dan memahami isi hatinya. Terutama ketika tarikh-tarikh penting. Pasti dia akan terluka jika si dia mengungkapkan " Semua itu tidak penting, yang penting kita saling mengasihi..." Oh, wanita... Rumitkah mereka?


BUAT SI DIA


Ketika dia meminta untuk didampingi, dia betul-betul memerlukan. Dia mudah terkecewa jika hasratnya untuk didampingi tidak tercapai. Dia telah diciptakan oleh Tuhan dengan naluri begitu. Dia tetap terus bersabar dan menanti saat si dia hadir di hari-harinya.

Jika tiba waktu perayaan pasti dia akan buat pelbagai persiapan. Dari pelbagai sudut. Ada yang memberi perumpaan " Perempuan jika tidak beli atau buat baju baru, pasti akan 'mati'... "  Wanita tetap wanita. Sekasar mana pun dia, tukar jantina macam mana pun. Dia tetap ada naluri untuk kekal kemas dan cantik. Oh, wanita... Rumitkah?

Kadang kala dia cuba memahami tetapi kadang kala dia ingin difahami. Cuba fahami pasangan anda selagi dia masih bersama anda. Jangan menyesali sekiranya dia sudah pergi jauh dari diri mu.

Assalamualaikum



Catat Minit

PENING-PENING



 Assalamualaikum...

Apa khabar semua. Sekolah macam mana? Belajar rajin-rajin okey... Jangan jadi macam aku, apa pun tak boleh... Emm... Bagi yang bekerja tu, jangan nak malas-malas sangat la. Online je kerjanya, main game. Itu jela yang kamu tahu. Hehehe...

Aku nak kongsi dengan korang nie. Aku kena buat minit mesyuarat. Sedih sangat. Hahaha... Aku tak reti buat. Pertama kali dalam hidup aku, aku buat kerja nie. Aku paling tak suka buat minittapi disebabkan kerja, aku gagahkan juga. Aku ingat nak hantar Isnin nie tapi macam ya tak ya je boleh siap. Hahaha...

Pape pun korang semua doakan aku boleh siapkan sebelum Isnin k... Terima kasih semua. Love u all... Kahkahkah... Speaking ke main lagi...

Assalamualaikum

So Fluffy

Assalamualaikum, Salam Ramadhan al-Mubarak...

Kucing kelabu tak dapat lena,

Matanya besar tersenyum malu,

Moga Ramadhan ini penuh makna,

Agar dapat berkat selalu.


Macam mana dengan puasa kamu semua tahun nie? Baru berapa hari tak kan dah kantoi kot.. Kalau perempuan faham la, kalau lelaki tu sampai khiamat pun aku tak akan faham. Hahaha....

Korang mesti dah tengok cerita Despicable Me. Aku baru je tengok beberapa hari lepas. Aku lambat sikit la.. Adik beradik Agnes sangat comel. Agnes comel dan paling comel bila dia dapat anak patung unicorn dekat funfair tu. Bila dia cakap dengan geramnya patung tu fluffy, comel....!!!!!!!

Lagi 1, aku suka tengok video minions - banana. Ya Allah, comel gila weiiii.... Bila tengok video tu, hati jadi berbunga gila. Aku rasa nak cari anak patung, cases dan semua la pasal si comel nie. Dalam video nie sangat comel dia orang nyanyi. Gerak mata, mulut, suara... Hahahaha...

Aku nie memang suka tengok cerita kartun. Lagi-lagi yang comel loteh. Hehehehe....

Kalau ada dekat luar sana nak bagi hadiah dekat aku, bagi la kartun minions nie. Comel sangat-sangat.

Assalamualaikum



COMELKAN???
 

Cinta Monkey

Assalamualaikum

Nie nak cerita pasal cinta-cintun nie ha... Hahaha... Nak tulis pun rasa kelakar. Nak buat macam mana, semua nie pengajaran untuk diri sendiri dan orang di luar sana.

Semalam aku ada tengok satu video nie. Tak payah beritahu pasti kamu semua dah tengok juga kan? Video nie pasal seorang budak pempuan nie. Dia buat video untuk buah hati dia. Budaknya cantik, comel sangat-sangat bagi aku la... Tak tahu la bagi kau orang. Buah hatinya pun macam ala-ala tu la juga.


KAU MAMPU???


Tapi masalah yang timbul, dia baru couple seminggu. Tu yang buat aku nak gelak macam tak cukup tanah tu. Video siap berjanji tu nie la... Bila tengok video dia, teringat aku time muda-muda dulu. Nasib je zaman aku tak ada semua tu. Kalau tak dengan aku terjebak macam dia. Hahaha... Bila aku gelakkan dia, ibarat aku gelak dekat diri aku sendiri pun ada juga. Huhuhu...

Apa-apa pun, buat adik tu... Adik jangan putus asa dengan hidup okey. Biasa la... Kesalahan tu yang akan mematangkan kita. Andai kata kalau buah hati adik tinggalkan adik sebab video tu, redha jela. Belajar rajin-rajin ea dik. Jangan jadi macam aku, apa pun tak boleh la... Hahaha... Buat yang gelak-gelakkan dia, cermin diri juga.

Assalamualaikum

Muzik ke Music???

MUZIK ITU INDAH



Assalamualaikum...


Hye semua... Hari nie aku nak kongsi pasal muzik. Banyak genre yang ada dalam dunia nie. Dari yang slow sampai ke hard... Setiap orang ada kegemaran sendiri, mengikut jiwa masing-masing. Hehehe...


Macam aku, apa yang sedap ditelinga aku... Aku layan je semua. Terutama rock. Tapi yg ganas sangat tak suka. Sakit telinga wei...


Dulu aku minat sangat drum. Sampai nak belajar la tapi bila sepupu aku cakap dia ada masuk kelas drum dekat universiti, aku terus tak jadi. Tak suka arh sama-sama dengan orang lain. Hahaha... Aku tukar ke gitar. Aku tak nak jadi macam artis-artis youtube. Diorang main lagu-lagu slow. Aku nak main lagu-lagu rock. Aku nak jadi macam Man Kidal...


Nak masuk kelas belajar, mahal. Nak mintak tolong Mr. Sem, harapan namanya. Lama dah suruh dia ajar tapi habuk. Aku cakap dengan mak aku, aku nak sambung belajar ambil muzik. Nanti aku nak jadi tenaga pengajar. Mak aku tak bagi, dia cakap nanti orang salah guna muzik aku yang berdosa. Emm... Sedih tak? Sedihkan kalau apa yang kita minat tak jadi apa. Emm...


Aku nak belajar kod-kod muzik. Macam mana bacaan dia pun aku tak tahu. Setakat nyanyi dekat pusat karoke apa ada... Emmm...


Okeylah, sampai sini jela... Sedih nie...


Assalamualaikum...

Jaga mulut anda...!!!


Assalamualaikum


Apa khabar semua? Macam mana keadaan kesihatan di musim jerebu nie? Makin meningkat ke menurun ke kekal abadi? Hehehe... Hari nie aku nak kongsi cerita sikit dengan kamu semua...


Ada 1 hari nie, aku pergi rumah makcik aku. Tengok sepupu aku baru lepas bersalin, anak kembar. Tengok punya tengok, borak punya borak... Aku pun cakap la dekat sepupu aku tu, "Lepas nie bagi la si kembar adik.. Hehe.. " Dia cakap nanti dulu. Mak aku menyampuk.. "Suruh orang, dia entah bila nak kahwin..." Aku cakap lambat lagi. Mak cik aku cakap tak ada calon ke? Sekali sepupu aku tu boleh cakap, "Mustahil tak ada, keliling pinggang..."


Berderau beb darah aku. Rasa nak penyepak je muka dia yang tak berapa nak cantik tu. Kau tak kenal aku secara rapat. Tak tahu kisah hidup dan percintaan aku. Jadi, jangan sedap mulut longkang kau je cakap aku nie jantan keliling pinggang. Jangan nanti turun dekat anak-anak kau dah la.


Aku nak maafkan boleh. Aku rasa nak maafkan tapi entah la. Aku tak boleh terima orang macam nie. Aku akan cuba memaafkan dia.


Assalamualaikum

 

 

BERHATI-HATI DALAM BERBICARA

 

OKU ke?

Assalamualaikum

Aku nak cerita pengalaman aku tahun 2008.

Aku pernah kemalangan yang membuat aku kadang-kadang hilang keyakinan diri sekarang.

Aku pernah kemalangan teruk. Kemalangan nie jadi waktu tu memang aku nak dekat dah dengan rumah. Waktu tu petang. Aku nak balik rumah. Dekat kawasan yang aku jalan tu, kalau petang memang selalu sesak. Aku nie pula suka bawa laju.

Nak dijadikan cerita, aku potong ikut line tengah. Nak potong, mesti la lagi laju aku bawa. Aku tak perasan langsung ada kereta nak buat pusingan U. Aku jalan jela, waktu tu la aku langgar kereta tu. Terpelanting juga la aku ke seberang jalan.

Lepas tu aku ingat nak bangun tapi orang cakap jangan bangun, kaki aku patah. Okey, aku ingat sikit je patahnya. Aku bangun sikit, nak tengok kaki. Bagi aku kaki la segalanya sebab aku suka bersukan. Tak banyak tapi sikit mesti ada punya suka tu... Hehehe.. Aku dapat tengok kaki aku sikit. Aku tengok tulang kaki aku dah terkeluar. Ish-ish... Tapi dapat engok kejap je sebab orang semua suruh aku baring. Aku pun ikut jela.



SINI LA TULANG AKU TERKELUAR DAN BUKU LALI AKU DAH TAK ADA SEBAB PECAH


AKU KENA PAKAI BENDA NIE... JANGAN SANGKA BENDA NIE BERAT ^_^



Lepas 3 bulan baru aku boleh jalan. Itu pun cacat. Kaki aku bukan pendek sebelah tapi aku punya sendi dah keras. Kalau aku pergi urut mesti orang cakap urat aku dah berbelit sebab tu jadi macam tu. Keras je... Jadi la tempang. Aku bukan tak nak pergi urut tapi bila aku pergi, tak ada sebarang perubahan. Aku tak nak mengharap yang kaki aku akan okey.

Sepupu aku ada bagi 1 nombor tempat urut dekat Klang. Dia cakap kawan dia patah rusuk, urut dekat makcik tu okey la sekarang. Tak macam mula-mula dia sakit dulu, asyik terlantar je. Bukan tak nak pergi tapi jauh. Lagi-lagi aku tak tahu jalan ke sana. Tapi aku nak pergi juga. Aku nak cuba. Kalau makcik tu cakap tak boleh, jadi aku lupakan jela.

Apa yang penting, happy go lucky je...

Assalamualaikum

Respect

Assalamualaikum

Apa pandangan kau orang tentang tajuk entri aku hari nie??? Nie aku dapat dari seorang MAKHLUK ALLAH nie.

Ceritanya bermula begini... Acehceh ayat macam suspen betul... Hahahaha....

Hari nie, hari guru untuk semua guru-guru di serata dunia.. ( Yang sambut hari nie la... Yang sambut semalam dan esok tu pandai-pandai kau orang la nak fikir macam mana... Hehehe... )

Nak dijadikan cerita, pagi-pagi aku masuk office je aku terus on FB, nak wish la KATA KAU pe lg..... Mula-mula aku wish untuk cikgu-cikgu sekolah menengah yang aku sekolah dari 2003 hingga 2007. Ke-2 aku wish cikgu-cikgu dekat sekolah menengah yang aku sekolah dari 2008 hingga 2009. Last aku wish untuk cikgu-cikgu sekolah rendah aku. Habis la ke semua sekolah. Hehehe...

Nak dijadikan cerita, tengahari inbox aku ada mesej dari MAKHLUK ALLAH nie... Ayat dia seperti di bawah... :


1. Cikgu sekolah 2008 hingga 2009 je kau wish? Cikgu sekolah 2003 hingga 2007 kau dah lupa ke?

Aku pun balaslah macam nie bunyinya :


- Kau gurau ke betul-betul. Kalau gurau tak apa... Kalau betul-betul nanti aku bagi kau bijak sikit. Kau tunggu jap...

Aku pun komen dekat post aku tu, aku tag nama dia dan aku cakap apa aku pun dah lupa tapi lebih kurang macam nie :


- Aku tak akan lupa jasa cikgu-cikgu aku. Tengok betul-betul lain kali baru sound orang.
- Celikkan mata tu. Terima kasih cikgu ( nama makhluk Allah nie)!!!

Aku ada besarkan ejaannya tapi aku tak ingat yang mana satu. Kau orang anggap jela semua huruf besar. Mana la aku tak kurang ajar, nak tanya pun tengok betul-betul dulu. Penat aku taip pagi-pagi, sedap dia je nak sound aku lupa dekat cikgu-cikgu aku tu. Bodoh la aku kalau aku lupa jasa cikgu-cikgu aku nie.

Dah tu, dia inbox aku lagi. Dia cakap macam nie.


2. Amboi, main kasar nampak. Aku inbox kau, bukan komen dekat post kau. RESPECT EACH OTHER LA...!!!


KITA PERLU MEMBERI TERLEBIH DAHULU, BARU KITA MENERIMANYA KEMBALI



 Okey, last-last tu dia tak besarkan pun... Aku nak highlight sikit sebab nie la punca aku tulis entri nie. Dah tu aku pun balas...

- Kau tak RESPECT orang macam mana pula? Aku pun ada perasaan juga.

Dia balas lagi..


3. Aku gurau dengan kau jela ngok. Memang kau tak boleh nak bawa gurau. Okey lah nie ( nama aku ) yang aku kenal.

Aku pun balas lagi, dah orang nak balas sangat.

- Mana aku tahu kau gurau ke apa. Pagi-pagi aku dah wish semua cikgu tahu..? Aku sedih la bila kau cakap macam tu. Aku ingat semua cikgu-cikgu aku, sikit pun aku tak pernah lupa. Sorry ( nama makhluk Allah tu )

Aku pun delete la balik komen tadi. Aku pun mengaku yang aku salah sebab cepat melatah. Mana tak nya, penat kerja. Tiba-tiba orang sound aku macam tu. Kalau betul gurau, kenapa kau tak post dekat wall aku? Kenapa kau inbox aku? Betul tak? Ke kau dah tak tahu nak letak kat mana muka kau, kau backup la diri kau sendiri cakap kau gurau... Kan? Kan? Kan?

Lepas tu dia balas lagi... Kali nie macam nie pula.

4. Tak apalah, kau dah malukan aku. Susah la nak bergurau dengan kau. Tak apalah, aku ingat apa yang kau buat. Mentang-mentang aku dah lama tak jumpa kau...

Aik.. Apa kena mengena dah lama tak jumpa dengan selalu jumpa? Motif??? Abstrak ke flower??? Macam shiitttt je statement kau. Aku dengan hati membara pun menjawab balik... Mana boleh mengaku kalah dengan orang macam nie... Aku cakap macam nie pula...

- Oh.. Lupa pula kau nie pendendam. Kau tak maafkan tak apa la, aku dah minta maaf pun.

Nak orang je jaga hati kau susah juga. Kau sendiri tak RESPECT orang. Lain kali kau nak bercakap, pandang dan tengok betul-betul. Jangan  ego sangat. Tak kisah la aku boleh bawa bergurau ke tidak. Cara kau bercakap pun macam mana? Kenapa kau perlu cakap aku dah lupa cikgu-cikgu dekat sekolah tu. Tak boleh ke kau tanya elok-elok. Cakap macam nie "Cikgu dekat sekolah tu kau tak wish ke?"

Orang lain pun ada perasaan tahu? Jangan fikir perasaan dan malu kau je. Perasaan aku yang terguris sebab kata-kata kau, macam mana pula? Jangan selfish sangat.

Mungkin aku tak seberjaya kau tapi aku tahu lagi nak hargai dan RESPECT orang. Tapi kalau orang tak RESPECT aku, aku pun tak akan RESPECT orang tu. Bertutur jangan ikut sedap je, fikir perasaan orang juga.

Ambil kau... Dia dah tak balas dah. Kau duduk 1 meja dengan aku pun tak. Kau nak tahu siapa aku, rapat dengan aku dulu. Orang lain bergurau dengan aku okey je. Siap mencarut apa bagai, relex je semua. Kenapa kau rasa susah lak? Nak tahu sebab apa? Sebab kau tak kenal aku yang sebenarnya. Cikgu tadika aku, aku tak wish pun... Kenapa kau tak inbox sekali? Mesti kau ingat aku tak sekolah tadika dulukan sebab tu kau diam je.

Lagi seorang makhluk Allah nie lagi la. Aku tak tahu la dia nak pelempang ke penerajang aku (sembang je lebih.. hahaha). Aku buat post tu, aku tag nama cikgu-cikgu aku. Sekali dia leh tanya kenapa nama dia tak kena tag??? Adoi ini nak PUBLISITI MURAHAN pula. Macam-macam ragam manusia nie.

Kepada semua pembaca, baca post kawan-kawan anda elok-elok. Jangan jadi macam nie. Buat malu sendiri je nanti.

Assalamualaikum

Artis oh Artis

Assalamualaikum

Hai semua... Buat apa sekarang? Mesti tengah baca entri aku.. Hahahaha... Sakai. Story mory hari nie nak cakap pasal artis-artis kita zaman sekarang nie. Macam-macam kontroversinya.

Dari yang kahwin, anak-anak, video, culture shock.. Ish, macam-macam la.

Dalam minggu nie je dah berapa banyak cerita dah keluar. Dengan video ala-ala lucahnya, anak derhaka lagi. Adoi... Kesian jadi artis. Semua orang nak tahu pasal kehidupan dia orang nie. Kesian pula kadang-kadang tu.

Senang je kalau tak nak cerita anda tersebar, orang pandang hina pada anda. Ambil contoh daripada artis-artis lama. Jadikan mereka contoh untuk anda berjaya dalam industri nie. Memang anda akan cakap bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang. Tapi kenapa mereka boleh?

 

Dalam erti kata lain sabar. Ini jalan yang anda pilih. Anda perlu bersyukur kerana anda ada bakat. Pastinya anda sudah kental menghadapi tohmahan orang sekeliling dan mampu untuk terus masuk dalam industri ini.

Paling utama selepas berjaya jangan lupakan orang yang menjadi tulang belakang anda untuk terus berdiri gah. Semoga anda berjaya dalam bidang yang anda ceburu...

---> Cewah ayat tak boleh belah langsung. Macam pakar motivasi... puuuiiihhh...!!!

Assalamualaikum

 

 

 

SELESAIKAN MASALAH DENGAN SEBAIKNYA. MOHON PETUNJUK DARI ALLAH S.W.T

 

 

 

 

Widgets........!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum


Kenapa entah aku susah betul nak cari widgets nie... Aku nak cari untuk tarikh dan jam. Masalahnya memang la jumpa. Aku tengok jam dah cantik dah. Last-last dia punya tarikh lain. Tahun dah jauh kebelakang, tarikh dan hari lagi la jauh.

 

Susah la ini mahcam


Siapa-siapa boleh kongsi dengan aku tak mana nak cari widgets nie???


Assalamualaikum

Surat buat pemandu kereta



Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
___________________________________

Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan/Saudara/Saudari

Saya mewakili penunggang motosikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta dan seangkatan dengannya yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motosikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motosikal bahawa:

KAMI berhak menunggang motosikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan kerana KAMI juga BAYAR CUKAI JALAN. BUKAN CUKAI LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada KAMI.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, KAMI layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa KAMI kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong sebab yang PARAH BUKAN ANDA tapi KAMI.

4) Penunggang motosikal seperti KAMI BUKAN MAT REMPIT. KAMI layak dihormati sama seperti orang lain.

5) Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motosikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian atau mata penunggang motosikal dan membahayakan KAMI.

6) Jangan hina KAMI hanya kerana KAMI menunggang motosikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.


Yang benar

Yang menunggang motosikal


KAMI TAK MAHU MATI DI JALANRAYA

Berakhir sudah

Assalamualaikum semua...

 

Macam mana dengan 05/05/2013 kamu semua? Seronok tak? Macam raya betulkan? Ramai orang dijalanraya... Bendera merata.

 

Tapi rugi aku rasa tak mendaftar... Ish, ish...

 

Bagi yang menang tahniah aku ucapkan, yang kalah jangan tukar warganegara pula. Sama-sama la kita membangunkan negara Malaysia kita ini. Supaya menjadi negara yang aman dan makmur.

 

Aku nak ucapkan SYABAS buat rakyat Malaysia yang keluar mengundi. Bagi yang tak keluar mengundi dan tidak mendaftar, kita tunggu lagi 5 tahun okey...

 

Assalamualaikum










Demam PRU-13

Assalamualaikum

Demam politik datang kini. Hahaha....

Kau orang undi apa? Huhuhu.... Jangan beritahu orang lain, semua itu rahsia. Apa nak cerita pasal undi nie ea?

Bila aku buka FB je mesti ada post-post pasal mengundi nie. Parti nie kutuk parti tu, parti tu kutuk parti nie. Tapi mereka yang bercakap tu semua satu bangsa. Bangsa lain tu aku tengok segak je duduk atas kerusi empuk. Emm... Kadang-kadang marah juga aku dengan orang-orang yang macam nie.

Sampaikan ada satu tempat tu, bendera pihak lawan terkena buluh bendera dia pun boleh pergi serang orang tu dekat rumah. Adoi... Esok lusa orang tu juga yang kau mengadap. Macam la dunia nie dia punya. Aku benci betul orang buat kerja tak guna kepala otak nie. Nie semua kerja orang-orang yang tak berpelajaran. Nak bertanding, biar secara sihat. Kita 1 MALAYSIA. Aku tengok tempat lain boleh je ikat sebelah-sebelah. Serabut je masing-masing...




Bersatu teguh, bercerai roboh




Dekat FB lagi la ramai yang PRO-POLITIK nie. Komen tak nak kalah, upload nak yang bikin panas je. Ungkit sana, ungkit sini... Yang nak gaduh-gaduh buat apa? Rakyat gaduh-gaduh. Orang yang kau orang gaduhkan tu siap naik kenderaan mahal lagi. Jalan atas jalanraya berlopak pun tak terasa. Kau orang ada apa? Naik moto, kemalangan sebab lopak-lopak. Kereta pun apa kurangnya. Macam la naik moto nak mengelak lopak-lopak tu.

Nasihat aku sikit je untuk orang-orang yang kutuk-mengutuk nie. Tengok diri anda terlebih dahulu sebelum tengok diri orang lain. Kalau anda rasa, anda dah cukup segalanya... Dalam erti kata lain sempurna, baru la anda layak berkata-kata. Bagi yang belum tahu nak pangkah apa, buang yang keroh ambil yang jernih. Mohon petunjuk dari Allah S.W.T... Dia maha mengetahui segalanya. Semoga dipermudahkan buat kalian. Aaminnn...

Aku? Aku belum daftar lagi. Rsa rugi sangat-sangat sebab tak mendaftar awal. Emmm....

Assalamualaikum

Gwiyomi

Lelaki pun terjebak, tu yang aku tak faham

Assalamualaikum


Lepas satu fenomena, ke fenomena yang lain. Dulu PSY, sampaikan aku main farmville bila naik level mesti avatar aku menari GANGNAM. Avatar aku pun terjebak, tu lagi tak boleh terima. Sekarang GWIYOMI pula...


Mesti ramai dekat luar sana suka benda nie. Comel la, cute la.... Tapi aku rasa benda nie sakai la wei...


Comel dekat mana aku pun tak tahu. Dekat office aku memekak-mekak perempuan nie dengan GWIYOMI.... Aku rasa nak hempuk je. Rimas aku.


Aku tak rasa dia comel pun. Aku rasa biasa je. Tak ada yang menarik. Aku rasa yang minat benda nie semua tak matang. Jangan terlampau mengikut sangat. Aku bukan nak cakap aku baik tapi berpada la nak mengikut pun. Entah apa lambang dia buat pun kita tak tahu.


Aku bukan la alim... Tapi jangan sakai sangat la dengan budaya luar.


Assalamualaikum

Stiker Syahadah (EL)

Assalamualaikum

Jumpa iklan nie. Nak kongsi dengan anda semua.



Stiker Syahadah (EL) ElectroLuminescent Paper Cermin Belakang Kereta. (Sambung ke Lampu Brek Ketiga)

- produk stiker kereta terhangat di lembah klang. 
- STIKER SYAHADAH(EL) ini menggunakan teknologi ElectroLuminescent paper(EL),
- stiker tulisan putih bertukar menjadi biru bila brek di tekan.
- Cuma sambungkan wayar hitam dan merah di lampu brek ketiga. 

- Stiker Syahadah(EL) ini bukan seperti stiker biasa hanya boleh dilihat siang hari sahaja pada malam tidak jelas kelihatan.
- Stiker Syahadah(EL) ini pada waktu bila membrek tiba2 akan muncul kalimah Syahadah biru bersama lampu brek merah. 

- Target market cukup mudah satu kereta muslim satu stiker.



1)STIKER KALIMAH SYAHADAH+PEDANG (4"x13" inci statik) : RM60

2)STIKER KALIMAH ALLAH+SYAHADAH+MUHAMMAD (2.5"X15"inci berkelip2) : RM60

beli 2 (dua) RM120 

pm kami atau sms STICKER ke 012-3983594





Nie la sticker tu





 Apa salahnya saling membantu walaupun kita tak saling mengenali...


Assalamualaikum