Kahwin???? OMG....!!!!!

Assalammualaikum...


Lama dah aku tak update dekat sini. Kamu orang apa khabar? Aku? Biasa la sihat orang tua. Kadang ok, kadang tak. Emm... Makin berusia nie makin menjadi2 kesihatan terganggu. Hahahahaha... Cewahah....


Aku sekarang tengah cari jubah chiffon yang cantik warna cream dan sebagainya. Yang sesuai untuk pertunangan, pernikahan dan persandingan. Bukan apa, makin berumur nie makin rasa nak kahwin pula. Nak jugak looking2 for kata orang putih. Hahahaha...

Tapi aku nie ada bajet2 aku. Hahaha.. Kalau boleh nak benda cantik tapi murah. Kebanyakkan orang cakap dekat aku, "kau nak cantik tapi murah? kepala bana kau" Aik... Kena marah? Dah itu bajet aku, kalau kau nak sponser aku no hal la wei...!!! Marah nie. Emm...

Kenapa, tertanya2 bajet aku? Nak tahu jugak? Ke nak tiru? Hahaha... Kejap lagi aku senaraikan, jangan gelojoh sangat masing2 pun. Hahahaha

Nie bajet aku. Kalau kamu orang ada contect murah macam nie please, tolong email ke aku di syaza_24@yahoo.com

Baju nikah, sanding dua belah pihak = RM200/satu pasang atau sepasang (Dengan laki aku punya la)
Pelamin majlis dua belah = RM1000/RM1500
Gambar nikah, majlis sanding dua belah pihak tanpa outdoor = RM1000/RM1500
Make-up = RM100/RM200 (Bukan aku pakai barang make-up kau sampai habis pun nak cas mahal2, pergi kelas RM300 je pun. Ilmu boleh pakai seumur hidup, aku pakai make-up kau sampai lepas Zohor je.)
Kad jemputan = RM0.10 (Simple, cantik, hitam putih. Kalau ada lagi murah lagi aku suka. Tak pun designkan map je untuk aku, nanti aku print sendiri guna A4)

Nie bajet aku. Boleh dibincang lagi. Kalau ada yang ikut bajet aku, beritahu na sebelum bulan 10/2014... Terima kasih. Hehehe

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA




Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah