PENAT YANG MEMBAHAGIAKAN

Assalamualaikum

Berkurun dah tak update dekat sini.

Sejak ada anak nie, penat sungguh badan. Pagi kita bangun, dia pun bangun. Main pun nak kita ada depan dia. Allah... Kuatnya seorang ibu.

Mana nak kemas rumah, cuci kain, lipat kain. Dapur lagi nak kemas.

Tapi bila nak tidur malam. Teringat 1 hari yang kita lalui, semua tu sangat membahagiakan. ☺





KEK BATIK CHEESE

Assalamualaikum...

Kek batik is one off my favourite. Memang selalu buat. Bertukar-tukar topping dia. Baru nie ada la buat topping cheese. Cheese adalah kegemaran aku jugak.

Dekat sini aku nak share resipi dan cara-cara buatnya.

UNTUK KEK
Buttercup : 250g
Biskut marie : 300-350g (Ikut suka)
2 cawan milo
2 sudu besar serbuk koko
Setengah tin susu pekat (Kalau tak nak manis, kurangkan. saya guna 3 sudu besar sahaja)
Air sikit (1 cawan atau ½ cawan sahaja)

CARA-CARA :
1. Patah-patahkan dahulu biskut marie ke 4 bahagian.
2. Panaskan kuali dan masukkan buttercup.
3. Selepas cair masukkan, susu dan kacau sebati.
4. Masukkan milo, serbuk koko dan air. Kacau hingga tak berketul2.
5. Setelah sebati dan tidak berketul, masukkan biskut yang dah dipatahkan tadi dan kacau sebati Pastikan semua biskut disaluti milo tadi. Matikan api.
6. Angkat dan masukkan dalam loyang. Tekan2 adunan tadi untuk padatkan biskut2 tersebut.

UNTUK CHEESE
250g cream cheese
Sedikit gula (Kalau nak manis ikut suka)
Sebiji telur

CARA-CARA:
1. Sekalikan bahan-bahan tadi dan pukul hingga kembang.
2. Bakar dalm oven dengan suhu 160 selama 5 minit.
3. Keluarkan dari oven dan tunggu sejuk. Selepas itu masukkan dalam peti ais selama 1 malam.

Setakat nie yang makan puas hati dan tak berhenti-henti makan. Benda paling nikmat bila memasak ialah bila orang memuji-muji masakan kita. Hehehe




PERPISAHAN YANG MENYAKITKAN

Assalamualaikum

Tiada apa yang mampu diungkapkan. Pagi ini dapat berita dari rakan sepejabat, berkemungkinan dia dan suaminya akan berpisah secara baik. Allah... Bergegar tiang arasyi sekali lagi.

Ramai sahabat dan orang sekeliling aku yang bercerai. Malahan ada anak ramai dan ada juga yang sedang mengandung. Rumahtangga masing-masing kita tidak tahu. Setiap perhubungan rumahtangga pasti ada permasalahan masing-masing.

Apa yang aku nak cakap. Para suami hargailah isteri anda. Isteri yang penat lelah persiapkan diri anda dan anak-anak, mengandung, melahirkan, memasak, mengemas rumah, mencuci pinggan mangkuk, mencuci dan menyidai kain baju. Lebih-lebih lagi lelaki yang isteri menanggung anda. Hargailah kami. Anak perempuan orang lain yang anda ambil, yang diamanahkan oleh wali kami. Jagalah kami sepertimana wali kami menjaga kami. Jagalah hati kami.

Kami tidak minta lebih selain jaga kepercayaan kami kepada anda dan tetaplah setia kepada kami. Meski pun kami sudah tidak cantik, gemuk, berkedut. Mohon hargailah kami para isteri.

Berpisah waktu bercinta itu lain, berpisah sudah berkahwin lain rasanya. Lebih-lebih lagi anak-anak sedang membesar. Namun wanita di luar sana, aku yakin yang kita kuat untuk tempuhi segala dugaan ini. Anak-anaklah semangat buat kita dunia dan akhirat. Bertabahlah...

Wassalam





TIPS PENYUSUAN BAYI

*********************************************

Alhamdulillah. Allah kurniakan rezeki berpanjangan. Rezeki diatas usaha saya yang tidak pernah rasa down di sepanjang meneruskan penyusuan anak2.
Suka saya nak berkongsi beberapa perkara yang saya lakukan, saya tahu pasti ramai yang melakukannya juga :)
1. Menyusu sejurus saja melahirkan. Beratnya 3.95kg, bersalin normal dan mudah, tenang2 saja saya melahirnya. Menyusu di sepanjang masa di lb sementara menunggu masuk wad dengan posisi separuh baring, baby meniarap ke dada. Sebab rasa lenguh memangku dengan berat hampir 4kg :D
2. Di sepanjang waktu berpantang, hanya beberapa kali saja memerah hanya kerana nak legakan bengkak masa bawah usia seminggu. Normal bengkak ketika bawah 2 minggu kerana badan belum dapat adjust penghasilan susu. Marmet adalah pilihan saya. Selebihnya susukan sekerap setengah jam sekali pada waktu siang dan sejam sekali waktu malam.
3. Bila sudah habis pantang, cuba buat tandem. 4-5 kali sehari. Dapat 1-2oz 1 sesi. Menyusu sebelah memerah sebelah. Buat hanya selama 3 minggu. Stop sebab kena block duct (puncanya oversupply). Mula semula memerah 2 minggu lagi nak bekerja semula.
4. Apabila sudah bekerja, saya aturkan jadual memerah 4-5 kali sehari. Tanpa gagal. Pernah lah juga miss tetapi seingat saya belum pernah sampai 10x. Tidak biarkan breast bengkak. 4 sesi biasanya pada jam 0745, 1030, 1300 dan 1700. Ada juga memerah 1 sesi lagi sekiranya free pada jam 1130 .
5. Semasa bawah setahun, kerap juga outstation. Bawa coleman ke mana saja supaya tidak bergantung sepenuhnya dengan peti ais yang disediakan. Tukar ais pagi petang sudah menjadi keseronakan saya. Pengalaman yang bukan semua orang dapat menikmatinya. Pernah juga packing susu perahan di kedai kerana cooler bag tidak cukup ruang. Fikirkan susu tidaklah sebanyak itu untuk dibawa pulang.
6. Sejak lahir memang sudah melatih anak menyusu setiap jam pada waktu malam. Sejak ada anak 11 tahun dulu memang tidur malam saya tidak tahu bila lenanya.Jadi, masa dalam pantang siang atau malam sama saja pada saya. Melayan anak menyusu, risau anak tidur lama lebih sejam mesti saya nak nap kan supaya boleh menyusukan.
7. Memerah di mana-mana saja. Kerjaya saya yang memerlukan saya selalu berada di banyak tempat dalam 1 hari. Mesyuarat, seminar, kursus bukanlah masalah pada saya.
8. Bila bersama anak, hanya df semata-mata. Masa anak bawah 6 bulan, pernah juga beberapa kali memerah semasa lepas subuh. Saya suka df lagi. Pam letak tepi bila bersama anak.
9. Bekalkan susu 14-16oz sepanjang waktu bekerja antara jam 0730-1730 biasanya . Dengan bekalan 2oz setiap botol. Anak dapat menyusu sekerap 1jam setengah sekali. Nampak 2oz itu sikit pada kebanyakkan orang tetapi 2oz yang berlemak tinggi hasil perahan yang kerap.
Berikan 2oz bukanlah saya kedekut tetapi saya aturkan penyusuan yang tenang sehingga 2 tahun. Saya boleh berikan lebih lagi semasa bawah 17 bulan tetapi saya suka anak reverse cycle iaitu menyusu kerap selepas saya balik bekerja.
Berikan 2oz bukanlah bermakna saya boleh bermalas-malasan untuk memerah. Saya kekal memerah kerap walaupun saya tahu jumlah perahan berlebih dari yang diperlukan semasa bawah 18 bulan dulu.
10. Hasil susu perahan setiap hari: (lebih kurang)
- bawah 6 bulan = 25-30oz
- bawah 12 bulan = 20-25oz
- bawah 15 bulan = 15-20oz
- bawah 18 bulan = 12-14oz
- bawah 20 bulan = 10-12oz
- 23 bulan 7-10oz


11. Walaupun Nampak 2oz sebotol, berat anak saya naik banyak pernah sehingga 13kg beratnya. Seperti yang saya katakana, 2oz hasil perahan yang kerap2 susu berlemak tinggi. Cukup untuk tumbesaran anak saya. Walaupun hanya dengan susu ibu saja, tumbesarannya normal.
12. Tidak pernah buat PP. Sila jangan ikut saya ok :D. Susu saya perlahan-lahan berkurang 
kerana saya faham apabila anak meningkat usianya, perlahan-lahan hormone prolactin akan berkurang. Jadi, perubahan hasil perahan tidaklah menyebabkan saya susah hati. Yang penting cukup untuk anak saya.


13. Sehingga hari ini saya masih belum period lagi. Anak2 sebelum ini paling lama 20 bulan. Dan saya belum mengandung lagi. Ye, aturan saya semasa menyusukan anak bawah 2 tahun adalah mesti pastikan Rahim saya kosong. Saya mahu enjoy susukan anak tanpa gangguan apa2. Kerana, bila mengandung, kebanyakkan badan akan mengalami susu kurang dan ramai yang kering susunya. Walaupun saya dulu TTC 6 tahun, saya masih menjarakkan kehamilan supaya saya susukan anak dengan susu ibu dengan lancar.
14. Sepanjang 17 bulan, anak dibekalkan chiller lebih kurang 90% dan selepas itu baru feozen digunakan sebagai rotation. Umpama perah hari ini untuk hari esok gayanya. Frozen hanya untuk emergency dan top up sekiranya saya perlu outstation.
16. Guna botol treenie sejak umur 3 bulan dan sampailah sekarang. Mula minum dari chiller saja tanpa disuamkan sejak umurnya 12 bulan.
17. Memerah setiap sesi lebih kurang 10 hingga 15 minit. Apabila anak sudah lebih 18 bulan. Biasanya perah kurang dari 10 minit. LDR sudah segan2 mahu terjah banyak kali.Saya guna fs dan manual avent.
18. Saya mula bekerja dengan stok lebih kurang 200oz. Anak belum 5 bulan, deep freezer saya sudah p3nuh5 dan direzekikan 2 orang anak susuan.
19. Saya bekerja dikalangan orang lelaki. Surveyor wanita tak ramai. Masa umur anak 1 tahun 1 bulan saya bertukar pejabat. Tanggungjawab bertambah. Alhamdulillah, saya boleh lagi memerah. Walaupun boleh perah di meja, ada privacy kata kawan2 tapi saya pilih ke surau sekejap pada sesi 2 biasanya. Saya bagi ruang subordinate anytime boleh jumpa. Tak selesa perah di meja nak pula kena bergerak ambil itu ini. Kalau meeting di bangunan lain saya memang angkut semua dan perahlah di mana pun.
20. Hubungan dengan ALLAH, hubungan dengan manusia. Bercakaplah perkara baik, bantulah sehabis mampu. Hulurkan rezeki kepada orang lain kerana saya yakin setiap rezeki saya ada milik orang. Solat sunat taubat, hajat, dhuha buatlah mana yang mampu. Inilah paling utama dalam urusan hidup saya sebenarnya.

*********************************************






SUPPORT MUMMY

Please...

Kepada makcik-makcik, kakak-kakak, abang-abang, suami-suami dekat luar sana. Andai kata ada ahli keluarga yang menyusukan anak. Tolonglah bagi semangat. Jangan la asyik kondem cakap susu orang tu sikit, susu orang tu tak berkhasiat.

Tak semua dari kita punya rezeki yang sama. Ada ibu yang punya susu melebihi keperluan anak. Ada ibu yang susunya cukup-cukup untuk anak. Ada ibu yang susunya sikit tapi masih mampu susukan anak walaupun campur susu tepung. Ada ibu yang tak punya rezeki untuk menyusukan anak sendiri atas sebab memang kekeringan susu.

Tolong sangat bagi semangat yang positif. Bila orang sekeliling tanya, susu kau macam mana. Jangan tolong jawab dengan jawapan "sikit je..."... Tolong la jawab, "alhamdulillah, ada la jugak rezeki anak dia..." Tolong wujudkan aura yang positif buat ibu-ibu menyusu sebab ibu menyusu tidak boleh tertekan. Tekanan itu akan mempengaruhi penghasilan susu dari ibu-ibu.

Berilah semangat yang tinggi buat adik, anak, isteri dan orang terdekat yang menyusukan anak.

#supportbfmum






PENGAKHIRANNYA


Assalamualaikum

Hari nie nak cerita tentang tajuk dekat atas. Bukan nak menyibuk atau seangkatan dengannya. Cuma beringat sesama kita.

Minggu lepas dapat call dari seorang kawan dari zaman sekolah dulu. Agak rapat juga dengan dia. Dia call banyak kali tapi tak sempat nak angkat, almaklum la sibuk dengan kerja dan uruskan anak dan rumahtangga. Sekali tu dia call dapat la angkat. Waktu tu dekat pejabat. Tengah kerja, cakap la sibuk. Suara dia pun macam kecewa. Lepas tu dia cakap nak cakap sesuatu. Aku suruh dia call balik petang pukul 6pm. Tapi sebelum tu dia ada cakap yang dia dah cerai. Waktu dia cakap tu aku rasa nak menagis sangat-sangat. Itulah sebuah pengakhiran percintaan. Sama ada cerai hidup atau mati dan dia adalah salah seorang dari kes-kes cerai hidup.

Pukul 6pm dah balik kerja aku tunggu juga dia call tapi lambat sangat aku yang call dia. Dia ceritalah masalah dia dengan bekas suami dia. Biasalah setiap perhubungan itu ada pasang surut, ada pahit dan manisnya. Namun apabila hubungan itu penuh dengan duka dan luka, biarlah berpisah itu menjadi satu titik pengakhiran. Yang buat aku menitik airmata bila dengar dia bercerita ialah bila dia bergaduh dengan bekas suami dia tu, depan anak dan dalam kereta. Apa penyebab aku menagis bukan sebab mereka saling berlawan kata atau sebagainya. Yang membuat aku sedih ialah bila dia cakap anak dia yang berumur 8bulan lebih diam sambil pandang dia dan mencengkam baju dia dengan kuat. Dapat aku bayangkan bagaimana perasaan anak itu. Betapa takutnya anak itu dalam situasi berkenaan. Aku menagis sebab teringatkan anak aku. Itu sebabnya jika aku gaduh dengan suami tidak pernah depan anak. Cukup hanya berdiam diri. Jika saling bertelagah kita amarah, aku rasa tak membawa penyelesaian yang baik.

Buat lelaki di luar sana, seperti apa pun isteri anda didiklah dengan baik. Andai sudah nasihat, sudah berpesan, sudah pisah tempat tidur tetapi dia tetap tidak berubah barulah dibenarkan memukul. Memukul bukanlah 1 cara yang baik untuk mendidik isteri. Isteri itu bukan anak tapi seorang wanita yang sudah punya akal untuk berfikir. Suami isteri seharusnya berbincang dengan baik. Jika ada salah faham, terangkanlah pada pasangan masing-masing. Rasanya tidak sepatutnya sebelah pihak membela sebelah pihak andai ada melibatkan orang ketiga. Orang ketiga tidak semestinya teman, malah ahli keluarga sendiri pun boleh menjadi orang ketiga dalam permasalahan hubungan anda suami isteri.

Jagalah pasangan anda sebaiknya. Janganlah bila bergaduh salah satu dari kalian keluar dari rumah. Itu bukan jalan penyelesaian. Jika ingin redakan amarah sebaiknya berwuduk dan berdiam diri. Andai amarah itu sudah hilang, mulakanlah perbincangan. Kalau kata ego lelaki tinggi, namun sebenarnya ego wanita itu lebih tinggi. Sama-samalah kita berusaha menjaga hubungan kita suami isteri. Fikirkanlah anak-anak, turunkanlah ego masing-masing.

Wassalam





KHIANAT


-------------------------------

SEKALI AKU RASA DIKHIANATI,

MAKA HILANGLAH KEPERCAYAAN KU TERHADAP DIRI MU.


-------------------------------





KENANGAN TERINDAH


------------------------------



Ok Ibu-ibu semua...! Apa cerita anak pertama anda?

........................................

Umur saya berkahwin 👰 : 25 tahun


Umur saya disahkan mengandung  👣 : 25 tahun


Tarikh saya bersalin  👶: 26 tahun


Tarikh bersalin 📆 :15/05/2016


Tarikh bayi keluar 🎂 : 30/04/2016


Cara kurangkan sakit  💊 : Sentiasa sebut nama Allah dan berborak dengan anak dalam kandungan


Masuk dalam bilik bersalin ⏰ : 10.00 pagi


Bayi keluar ⏰ : 1.59 petang


Normal atau bedah  🏥: Normal


Berat bayi : 2.6kg

Nama kesayangan : Nurul Humaira binti Muhd. Nur Hafiz


Nama panggilan : Humaira

........................................

''Kesayangan dan cinta hati Ummi dunia dan akhirat''



------------------------------






BREASTFEEDING MOTHER

Assalamualaikum

Hari nie nak cerita tentang tajuk di atas. Memandangkan aku dah menjadi seorang ibu dan menyusukan anak, kita cerita sikit tentang penyusuan bayi nie.

Apa yang dibanggakan oleh seorang yang bergelar ibu ialah menyusukan anak dengan titisan air susu dari badan sendiri. Ada ibu yang susunya lebih dari demand anak. Ini jenis yang melimpah je susu, basah je baju dan senang bengkak susu. Ada ibu yang cukup-cukup susu untuk anak. Ada juga yang susu kurang dari demand anak.

Macam aku, aku tak pasti aku yang mana satu tapi yang aku pasti susu aku tak melebihi demand anak.

Silap yang aku buat adalah waktu pantang tak buat simpanan susu untuk anak. Sedangkan boleh je. Jadi sekarang anak aku menyusu, campur dengan susu tepung atau dipanggil formula milk (FM).

Aku sekarang pam susu dekat pejabat, itu pun 1 sesi dapat 2oz sahaja. Paling banyak pun 3oz. Tapi sebelum nie aku paling banyak dapat 4 atau 4 lebih oz. Cuma sekarang merundum lebih-lebih lagi sejak aku mula datang bulan. Mak aku selalu patahkan semangat aku untuk terus susukan anak. Selalu cakap susu aku dah nak kering. Aku kadang-kadang jadi down tapi apa boleh buat, aku tetap kuatkan semangat demi anak aku.

Cuma bila di pejabat aku pam dengan jarak masa yang jauh. Sebelum pergi kerja, anak akan menyusu terlebih dahulu. Selepas itu pukul 11 pagi atau 12 tengahari aku akan pam untuk sesi pertama. Nanti pukul 3 petang atau 5 petang baru aku pam untuk sesi ke-2. Aku bukan tak nak pam selalu. Faktor-faktor persekitaran yang buat aku berasa janggal untuk pam dengan kerap.

Pertama aku masuk kerja pukul 9 pagi tapi kadang-kadang aku sampai pukul 9.30 pagi. Tak mungkin aku akan pergi pam pukul 10 pagi. Untuk pengetahuan korang, di pejabat aku nie ada mata-mata yang memerhati dan akan report pada boss besar. Jadi aku terpaksa lupakan untuk pergi pam.

Kedua, pam aku bunyi agak kuat jadi aku perlu pergi ke surau untuk pam susu. Jika aku kerap tiada ditempat duduk, apa pula kata boss nanti. Nak dijadikan cerita, surau tu tempat budak-budak pejabat nie berehat. Jika aku nak pam pukul 1, mereka nak tidur macam mana dengan bunyi pam yang bising. Jadi aku terpaksa lupakan.

Kadang-kadang aku tengah pam pun ada orang nak masuk solat. Aku takut mengganggu ibadat dan rehat mereka, itu yang jadi jarak masa pam aku jauh. Aku pun tak tahu macam mana nak atasi semua nie. Apa yang aku harapkan ialah dapat menyusukan anak aku sehingga umur 2 tahun.

Aku dah buat macam-macam untuk tambahkan susu badan. Orang kata apa saja aku buat. Yang terbaru, aku ada order 1 supplement untuk menambahkan dan memekatkan susu. Nanti apa-apa aku update dekat korang.

Sampai sini sahaja nukilan aku kali ini.

Sekian





CERITA DIA

----------------------

Sempurna, cerita yang tak sempurna,
Apakah alasannya?
Siapakah dihatinya?

Bahasa ku mungkin tidak seindah lafaz kata pujangga,

Namun ku bersumpah...!

Rela ku tunggu jawapan mu,
Masihkah aku ada dihati mu saat ini?
Biar tubuh ku kan terpaku, biar jasad ku tak bernyawa lagi sampai nanti...

Rela ku tunggu jawapan mu,
Masihkah aku ada dihati mu saat ini?
Biar tubuh ku kan terpaku, biar jasad ku tak bernyawa lagi saat ini...

----------------------