Rumitkah kaum ini?

Assalamualaikum

Setiap inci kehidupan adalah penting bagi seorang manusia berjantina perempuan. Dari hal sekecil kuman sehingga sebesar dunia, pasti menjadi keutamaan. Jika dapat kritikan yang tak baik atas apa yang dilakukan untuk tersayang, pasti akan terguris. Hal ini kerana dia cuba lakukan yang terbaik untuk kehidupan dan hubungan bersama si dia.

Dia akan hafal semua tarikh penting dalam hubungan bersama si dia. Walaupun duit cukup-cukup makan. Pasti dia tetap akan beli atau buat sesuatu untuk sambut tarikh tersebut. Dia perempuan yang sanggup buat apa sahaja untuk kebahagian bersama dia. Dia selalu mendambakan teman disisi bukan kawan, bukan sahabat tapi teman sehidup semati yang sentiasa bersama ketika dia memerlukan. Mungkin kawan boleh menjadi pendengar yang setia tetapi dia mengharapkan si dia menjadi pendengar dan memahami isi hatinya. Terutama ketika tarikh-tarikh penting. Pasti dia akan terluka jika si dia mengungkapkan " Semua itu tidak penting, yang penting kita saling mengasihi..." Oh, wanita... Rumitkah mereka?


BUAT SI DIA


Ketika dia meminta untuk didampingi, dia betul-betul memerlukan. Dia mudah terkecewa jika hasratnya untuk didampingi tidak tercapai. Dia telah diciptakan oleh Tuhan dengan naluri begitu. Dia tetap terus bersabar dan menanti saat si dia hadir di hari-harinya.

Jika tiba waktu perayaan pasti dia akan buat pelbagai persiapan. Dari pelbagai sudut. Ada yang memberi perumpaan " Perempuan jika tidak beli atau buat baju baru, pasti akan 'mati'... "  Wanita tetap wanita. Sekasar mana pun dia, tukar jantina macam mana pun. Dia tetap ada naluri untuk kekal kemas dan cantik. Oh, wanita... Rumitkah?

Kadang kala dia cuba memahami tetapi kadang kala dia ingin difahami. Cuba fahami pasangan anda selagi dia masih bersama anda. Jangan menyesali sekiranya dia sudah pergi jauh dari diri mu.

Assalamualaikum



Catat Minit

PENING-PENING



 Assalamualaikum...

Apa khabar semua. Sekolah macam mana? Belajar rajin-rajin okey... Jangan jadi macam aku, apa pun tak boleh... Emm... Bagi yang bekerja tu, jangan nak malas-malas sangat la. Online je kerjanya, main game. Itu jela yang kamu tahu. Hehehe...

Aku nak kongsi dengan korang nie. Aku kena buat minit mesyuarat. Sedih sangat. Hahaha... Aku tak reti buat. Pertama kali dalam hidup aku, aku buat kerja nie. Aku paling tak suka buat minittapi disebabkan kerja, aku gagahkan juga. Aku ingat nak hantar Isnin nie tapi macam ya tak ya je boleh siap. Hahaha...

Pape pun korang semua doakan aku boleh siapkan sebelum Isnin k... Terima kasih semua. Love u all... Kahkahkah... Speaking ke main lagi...

Assalamualaikum

So Fluffy

Assalamualaikum, Salam Ramadhan al-Mubarak...

Kucing kelabu tak dapat lena,

Matanya besar tersenyum malu,

Moga Ramadhan ini penuh makna,

Agar dapat berkat selalu.


Macam mana dengan puasa kamu semua tahun nie? Baru berapa hari tak kan dah kantoi kot.. Kalau perempuan faham la, kalau lelaki tu sampai khiamat pun aku tak akan faham. Hahaha....

Korang mesti dah tengok cerita Despicable Me. Aku baru je tengok beberapa hari lepas. Aku lambat sikit la.. Adik beradik Agnes sangat comel. Agnes comel dan paling comel bila dia dapat anak patung unicorn dekat funfair tu. Bila dia cakap dengan geramnya patung tu fluffy, comel....!!!!!!!

Lagi 1, aku suka tengok video minions - banana. Ya Allah, comel gila weiiii.... Bila tengok video tu, hati jadi berbunga gila. Aku rasa nak cari anak patung, cases dan semua la pasal si comel nie. Dalam video nie sangat comel dia orang nyanyi. Gerak mata, mulut, suara... Hahahaha...

Aku nie memang suka tengok cerita kartun. Lagi-lagi yang comel loteh. Hehehehe....

Kalau ada dekat luar sana nak bagi hadiah dekat aku, bagi la kartun minions nie. Comel sangat-sangat.

Assalamualaikum



COMELKAN???
 

Cinta Monkey

Assalamualaikum

Nie nak cerita pasal cinta-cintun nie ha... Hahaha... Nak tulis pun rasa kelakar. Nak buat macam mana, semua nie pengajaran untuk diri sendiri dan orang di luar sana.

Semalam aku ada tengok satu video nie. Tak payah beritahu pasti kamu semua dah tengok juga kan? Video nie pasal seorang budak pempuan nie. Dia buat video untuk buah hati dia. Budaknya cantik, comel sangat-sangat bagi aku la... Tak tahu la bagi kau orang. Buah hatinya pun macam ala-ala tu la juga.


KAU MAMPU???


Tapi masalah yang timbul, dia baru couple seminggu. Tu yang buat aku nak gelak macam tak cukup tanah tu. Video siap berjanji tu nie la... Bila tengok video dia, teringat aku time muda-muda dulu. Nasib je zaman aku tak ada semua tu. Kalau tak dengan aku terjebak macam dia. Hahaha... Bila aku gelakkan dia, ibarat aku gelak dekat diri aku sendiri pun ada juga. Huhuhu...

Apa-apa pun, buat adik tu... Adik jangan putus asa dengan hidup okey. Biasa la... Kesalahan tu yang akan mematangkan kita. Andai kata kalau buah hati adik tinggalkan adik sebab video tu, redha jela. Belajar rajin-rajin ea dik. Jangan jadi macam aku, apa pun tak boleh la... Hahaha... Buat yang gelak-gelakkan dia, cermin diri juga.

Assalamualaikum

Muzik ke Music???

MUZIK ITU INDAH



Assalamualaikum...


Hye semua... Hari nie aku nak kongsi pasal muzik. Banyak genre yang ada dalam dunia nie. Dari yang slow sampai ke hard... Setiap orang ada kegemaran sendiri, mengikut jiwa masing-masing. Hehehe...


Macam aku, apa yang sedap ditelinga aku... Aku layan je semua. Terutama rock. Tapi yg ganas sangat tak suka. Sakit telinga wei...


Dulu aku minat sangat drum. Sampai nak belajar la tapi bila sepupu aku cakap dia ada masuk kelas drum dekat universiti, aku terus tak jadi. Tak suka arh sama-sama dengan orang lain. Hahaha... Aku tukar ke gitar. Aku tak nak jadi macam artis-artis youtube. Diorang main lagu-lagu slow. Aku nak main lagu-lagu rock. Aku nak jadi macam Man Kidal...


Nak masuk kelas belajar, mahal. Nak mintak tolong Mr. Sem, harapan namanya. Lama dah suruh dia ajar tapi habuk. Aku cakap dengan mak aku, aku nak sambung belajar ambil muzik. Nanti aku nak jadi tenaga pengajar. Mak aku tak bagi, dia cakap nanti orang salah guna muzik aku yang berdosa. Emm... Sedih tak? Sedihkan kalau apa yang kita minat tak jadi apa. Emm...


Aku nak belajar kod-kod muzik. Macam mana bacaan dia pun aku tak tahu. Setakat nyanyi dekat pusat karoke apa ada... Emmm...


Okeylah, sampai sini jela... Sedih nie...


Assalamualaikum...