Fiona vs Balqis

Assalamualaikum

Aku ada dua harta. Tapi dua-dua pakai duit mak aku. Guna duit aku bila pun aku tak tahu. Hehehe...

Satu aku bagi nama Fiona dan satu lagi aku bagi nama Balqis. Aku sayang dua-dua. Mula-mula dulu mak aku belikan Fiona untuk aku, waktu tu umur aku baru 17 tahun. Dia beli pun untuk mudahkan aku pergi sekolah, time tu nak dekat-dekat SPM dah. Dia beli pun sebab area rumah aku susah sikit nak dapat bas, nanti nak pergi ambil paper susah pula tak dapat bas kan. Kesian mak aku, habis duit dekat aku tapi aku still derhaka dengan dia. Bila la aku nak berubah. Emmm...

FIONA (SAMA TAPI TAK SERUPA)


Baru-baru nie pula dia belikan aku Balqis... Kali nie lain sikit sebab geran Balqis atas nama aku. Kesian mak aku, habis lagi duit dekat aku. Semua nie sebab susah sangat nak buat loan. Aku lama dah nak beli second nie tapi mak aku tak berani, takut banyak rosak katanya. Nak dijadikan cerita sepupu aku nak jual pulak WRD nie dekat aku. Mak aku pun beli la... Semua guna duit dia. Kesian mak aku, habis duit dekat aku. Sampai adik aku cakap " Kenapa mak bagi dekat dia...??? "... Tapi nanti aku dapat gaji lebih dari sekarang, aku bagi Balgis kepada adik aku. Aku pula akan beli yang lain... Nama belum fikir lagi. Hehehe... Itu perancangan aku la....


BALQIS (SAMA TAPI TAK SERUPA)


Tapi tu la.... Bila ada Fiona, orang minta tolong itu ini. Ada Balqis lagi la. Tapi Balqis aku kurang sikit bantu-bantu orang nie. Kadang-kadang simpati tu ada juga. Tapi adik aku dah pesan awal-awal... Buat baik berpada-pada. Jadi aku kena la buat baik berpada-pada. Balqis nie aku khaskan untuk kegunaan keluarga aku dan sedara mara aku. Walaupun sedara mara aku meletakkan satu jurang antara aku dan mereka, aku tetap anggap dia orang bagaikan keluarga aku sendiri. Hanya Allah S.W.T sahaja tahu hati aku yang tulus ini. Hahahahaha... Tak boleh belah....

Wassalam