Si Pipi Merah

Assalamualaikum...

Lama dah rasanya tak update dalam nie.

Alhamdulillah pada 30hb April 2016, aku telah selamat melahirkan seorang puteri yang aku beri nama Nurul Humaira binti Muhd. Nur Hafiz.

Perjalanannya bermula begini. Hehe.

29hb April 2016 aku telah berjanji dengan sahabat2 ku untuk berjumpa dan makan bersama pada sebelah malam. Pada pagi itu, aku pergi kerja seperti biasa. Namun apabila berada di pejabat aku rasa perut ku memulas seperti gastrik. Aku minta pada bos untuk pulang awal dan dia benarkan. Aku pergi klinik dan doktor check jalan baru terbuka 2cm dan aku disarankan untuk balik ke rumah dan rehat. Aku pun pulang ke rumah.

Petang itu juga aku telah pergi ke rumah rakan sekolah rendah ku untuk ambil kek yang telah aku tempah. Kek nutella cheesecake dan mango cheesecake. Selepas itu aku terus balik rumah. Selepas maghrib suami ku hantar aku ke tempat yang dijanjikan dengan sahabat-sahabat. Manakala suami ku ke Seremban untuk menziarah pakciknya yang sakit.

Tepat jam 10 malam mak aku telefon marah-marah, ayat dia begini. "Tak reti nak balik? Kau tu dah nak beranak, lama-lama pulak jumpa kawan..." Aku pun ajak la mereka balik. Dalam 10.30 malam, sampai aku ke rumah dengan dihantar oleh sahabat aku.

Sampai rumah aku baring, tepat pukul 11 malam aku rasa macam terbuang air kecil tapi aku tak rasa macam nak shishi pun. Aku pun pergilah tandas nak tengok tapi tak berhenti-henti keluar. Aku pun tanya mak, air ketuban tu macam mana. Mak aku cakap warna dia jernih. Aku cakap tak mungkin sebab yang keluar nie warna kekuningan. Aku pun beritahu suami yang masih di Seremban masa tu dan aku dah mula rasa sakit yang kejap-kejap datang tapi bukan nak buang air besar. Tak tahu nak cakap macam mana,

Selepas beberapa jam suami aku pun balik. Senyum, mandi dan tidur. Aku macam terperanjat juga dengan reaksi dia tapi tak apalah aku masih boleh bertahan. Namun setiap kali aku terlelap, setiap kali itu juga sakit datang. Hinggalah pukul 4 pagi aku sudah tidak tahan dengan sakit itu, aku pun pergi mandi dan kejutkan suami. 4.30 pagi aku bertolak ke Hospital Ampang. Sebelum itu sempat juga aku minta ampun kepada mak dan aku sedar terlalu banyak dosa aku pada mak.

Sampai di hospital, jururawat bertugas tanya macam-macam tentang tanda awal bersalin. Selepas itu aku diminata untuk masuk ke dalam bilik rawatan dan doktor check jalan sama ada sudah terbuka atau belum. Doktor kata baru 2-3cm buka tapi disebabkan air ketuban sudah keluar, doktor tahan aku.

Pukul 6 pagi aku masuk wad. Suami aku hanya dibenarkan hantar barang dan dia diminta pulang. Suami pun pulang dan aku menahan sakit tanpa siapa-siapa di sisi. Cuma apa yang aku ingat pada waktu itu adalah Allah. Mulut ini tidak berhenti dari menyebut Allah, Allah dan Allah. Aku tahu, dosa ku lebih banyak kepada Dia. Aku mohon dipermudahkan segalanya dan dipercepatkan segala urusan ini. Sambil itu aku bercakap juga dengan anak dalam kandungan. Seandainya sudah tiba masa, cepatlah keluar.

Orang kata nak cepat bersalin, berjalan la waktu sakit tu. Aku tak mampu nk buat macam tu. Baru berjalan selangkah dua, sakit datang. Aku banyak baring dari berjalan. Ada sekali atau 2 kali doktor datang check jalan. Last check 4cm, aku terus ditolak masuk ke dewan bersalin. Sebelum itu aku sempat menelefon suami untuk memberitahu dia yang aku sudah mahu bersalin dan ingin minta ampun pada dia. Tepat pukul 10-10.30 pagi, aku ditolak masuk ke dewan bersalin.

Sebelum itu aku diminta untuk pergi ke tandas terlebih dahulu kerana apabila sudah ada atas katil bersalin aku tidak dibenarkan untuk turun. Selepas aku naik ke atas katil, macam-macam yang disuntik, dipakaikan dan kata-kata dari jururawat yang bertugas. Malahan selang beberapa minit jalan akan dicheck oleh mereka.

Tidak lama selepas itu suami pun datang temankan aku di dewan bersalin. Waktu itu hanya mampu menyebut nama Allah tanpa henti dan beristighfar.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya. Tepat pukul 1.59 petang tidak silap aku, lahirlah puteri ku ke bumi Allah ini. Tanpa sempat jururawat/doktor untuk potong kulit ku sedikit. Selepas keluar dari dewan bersalin, mata pertama yang aku cari adalah mata mak. Perkataan pertama yang keluar selepas nampak mak ialah sakit dan dalam hati tidak berhenti minta maaf pada mak.

Begitulah ceritanya lahir seorang puteri yang ku kasihi dan cintai, tidak pernah kurang walau sedikit pun.

Wassalam...








Tiada ulasan: