Bosssssssss......!!!!!!!!!!!!!!!!!

Duit-duit di mana kau duit  

 

Assalamualaikum


Bukan nak mengata bos tapi nak cerita la sikit. Tapi kalau ada bos-bos syarikat yang terbaca ambil la iktibar. Tak lupa juga kepada pekerja-pekerja yang pentingkan diri sendiri.


Cerita pun bermula...


Aku kerja dengan company nie nak dekat setahun dah. Waktu mula-mula aku masuk dulu, ada seorang budak nama dia D. D nie budak dia lembut je. Dia masuk company nie sebulan sebelum aku masuk. Nak dijadikan cerita... Sebulan selepas aku masuk kerja kat sini, aku kena transfer ke cawangan lain.

 

Tak lama lepas tu, aku dengar cerita D nie berhenti kerja. Dia tak tahan sebab selalu kena herdik, kerja macam balaci senior-senior dan dia pun dah dapat kerja baru.


Company nie terbahagi kepada 3 bahagian. Admin, sale dan maintenance. Bagi pekerja yg dah confirm, gaji akan masuk 27hb. Bagi yang belum, gaji akan masuk hujung bulan. Tapi sejak bulan lepas, gaji semua pekerja masuk hujung bulan. Termasuk bahagian maintenance yang pada mulanya masuk pada 25hb.


Mesti kau orang tertanya-tanya, kenapa tiba-tiba sistem bertukar. Semua sebab D berhenti tanpa notis. Seperti yang semua maklum, mana-mana company kalau nak berhenti mesti bagi notis berhenti sebulan sebelum. Tindakan bos pun tak salah. Kita sebagai pekerja kena ikut etika juga. Nak berhenti hantar notis dulu. Lulus atau tidak itu belakang cerita. Asalkan kita hantar notis tersebut.


Nie namanya... Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.  Kepada bos, banyak-banyak bersabar dan layan la pekerja bagaikan keluarga bukan balaci anda. Kepada semua pekerja, bekerja dengan ikhlas dan positifkan diri anda.


Assalamualaikum 


 

Tiada ulasan: